Faham dan amal dasar membentuk melayu islam.

Artikel bertajuk Melayu, Islam dalam masyarakat majmuk dalam ruangan Dari Meja Editor amat menarik perhatian saya. Persoalan yang dilontarkan seolah-olah mengajak saya untuk lebih merenung tentang hakikat orang melayu beragama islam. Adakah bangsa melayu ketika ini “tulen” islamnya, atau sekadar bangsa melayu yang memegang islam sebagai amalan keturunan sahaja?

Islam berpaksikan kepada 3 tunggak utama iaitu iman, islam dan ihsan. Secara ringkasnya, ke tiga-tiga paksi ini mestilah berakar umbi dalam kehidupan setiap manusia yang beragama islam. Cara pengamalannya amat luas, tetapi mestilah berasaskan kepada penghayatan konsep ilmu dan amal. Dari penghayatan ini maka akan lahirkan sifat-sifat mahmudah (terpuji) dan dapat menghakiskan sifat-sifat mazmumah(tercela).

Secara umumnya, bagi menghasilkan islam “tulen”, usaha menerapkan penghayatan ilmu ini mestilah berasaskan konsep guru dan murid dimana guru mestilah mengajarkan ilmu yang telah diamalkan dan murid menerima ilmu serta mengamalkannya. Konsep ini memang cukup berjaya dan ianya telah dilaksanakan dengan oleh Rasulullah SAW dalam mendidik para Sahabat. Namun, dalam konteks pendidikan zaman moden kini, terdapat ketirisan didalam penerapan nilai-nilai semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah kerana secara umumnya kita telah dilatih untuk lebih fokus untuk lulus peperiksaan, sedangkan intipati ilmu ialah dapat menerima uslub ilmu tersebut serta dapat menghayati dan mengamalkannya.

Teringat saya diwaktu belajar di sekolah, saya lebih banyak menghafal ilmu yang diajarkan sedangkan cara yang lebih berkesan adalah faham dan buat. Hafalan tidak akan bertahan lama, sedangkan kefahaman serta perbuatan akan menghasilkan pengalaman serta kefahaman yang dapat membantu menjayakan keseluruh intipati ilmu yang dipraktiskan.

Secara keseluruhannya, bangsa melayu perlu melalui proses pemurnian islam pada diri mereka. Ilmu bukan sekadar dimulut, tetapi perlu beserta perbuatan fizikal, rohani dan intelek. Konsep islam dan ilmunya juga seharusnya diajarkan kepada keseluruhan bangsa melayu, bukan khusus kepada pelajar-pelajar jurusan agama sahaja, kerana setiap orang melayu dan islam perlu mengetahui intipati islam yang sebenarnya untuk difahami dan diamalkan.

Popularity: 1%

Related posts:

  1. Bukti Tamadun Melayu
  2. Adakah warisan melayu akan hilang?
  3. Melayu di persendakan lagi!
  4. Nasib Silat Melayu
  5. Tunjuk Ajarku Sifu!

No comments yet.

Leave a Comment