Jejaka Andromeda I
View PDF | Print View
by: Para Jamaludin
Total views: 11
Word Count: 340
Date: Sun, 7 Feb 2010 Time: 6:09 PM
0 comments
Lensa mata aku menancap pada sisi susuk tubuhnya dia. Dari rambut, mata ini turun ke bahu sambil meleret ke lengan. Sumpah aku tak tahan. Mahu saja aku rangkul lengan itu erat2. Entah lebih smart kalau aku ini dipeluknya rapat2.
Khusyuknya dia mengambil foto sepasang kekasih dari belakang mereka, yang aku kira mungkin sudah punya cicit, masih berpelukan sambil duduk di atas kerusi menghadap tasik, kadang ketawa, kadang terdiam.
Menarik. Makin tua making loving. Cuma mata aku ni jenis yang galak melihat keindahan ciptaan tuhan yang memegang kamera itu. Yang tinggi dan berlengan sedap itu. Ya, aku tipikal sebab aku cuma pandang dia dari sini. dari tempat seorang looser yang cuma boleh pandang tanpa sebarang daya untuk bertegur sapa dengannya.
Aku pandang diri sendiri. Menunduk. memandang bunga yang aku kutip di celah akar pokok besar yang aku tak tahu apa nama saintifiknya. Dan waktu aku hendak lontarkan bunga kuning itu ke sisi, ada satu suara mengetuk telinga.
Sumpah, aku tak pernah dengar pun suara tu sebelum ni.
(bersambung)
Sponsored Links: Panduan Belajar Cpanel Rahsia Penulis Ebook Blog Malaysia Mencari Niche
About the Author
Para Jamaludin.
Latest articles from Para Jamaludin
Top Five popular articles about Cerita-cerita
1: Kerana roti canai sekeping, anak dikurung dalam kereta2: Yang Lalu Biarkan Berlalu
3: Renungan Bersama - Kisah Alesha
4: Manisnya....




