Kebaikan Pemasaran Emel

Pemasaran emel adalah alat pemasaran yang sangat kos efektif dan jika digunakan secara teratur,boleh melipatgandakan jualan kepada peringkat yang lebih tinggi.

Samada perniagan anda secara online atau offline,anda boleh menggunakan emel sebagai kakitangan pemasaran automasi anda.Emel boleh menukar pelanggan yang tidak berminat pada mulanya terhadap produk anda menjadi prospek, prospek kepada pelanggan atau pembeli dan boleh menghubungi mereka selepas jualan.

Apa itu pemasaran emel? Secara mudah, ia bermaksud penghantaran newsletter kepada pelanggan yang anda kutip melalui kaedah opt-in (pelawat mendaftar nama dan emel mereka melalui borang pendaftaran di laman web).Kebaikan mendapatkan senarai emel ini adalah anda dibenarkan melakukan promosi keatas mereka tanpa perlu risau tentang isu ‘spam’ iaitu menghantar emel tanpa kebenaran.

Untuk menjadikan pelanggan anda bertindak membeli lagi  daripada anda ‘hubungan istimewa’ perlu dibina.Walaupun emel tidak menunjukkan wajah anda, ia masih berkesan kerana anda berupaya memberi maklumat yang berguna kepada mail inbox mereka.Antara yang berkesan adalah pemberian kupon,tunjuk ajar,ebook percuma,peraduan, atau kuiz.Ini semua menjalin kepercayaan mereka terhadap anda dan perniagaan anda.

Pemasaran emel dapat menampilkan ‘brand image’ kepada produk anda.Anda seolah olah bercakap dengan mereka secara bersemuka.

Jika anda mencari perisian terbaik untuk pemasaran emel ,      Get Response boleh diharapkan kerana ia dapat menghantar emel secara automasi, menyusun pelbagai kempen promosi, menetapkan jarak masa emel yang hendak dihantar,mematuhi akta spam, dan dapat menjejaki emel yang dihantar.

 

No comments yet.

Leave a Comment