Lukisan dinding di rumah anda!

Anda telah berjaya membeli rumah baru anda! Ia mungkin mempunyai sedikit masalah dari segi kebersihan, al maklumlah pemilik sebelum ini menjual rumah tersebut secara tergesa-gesa dan rumah tersebut masih di dalam ubah suai.  Tetapi anda tidak mengambil kisah sangat hal itu, kerana ia dapat memberi anda peluang untuk melakukan sesuatu pada rumah tersebut mengikut apa yang anda inginkan.

Jadi sekarang anda perlulah memutuskan di mana semuanya dapat berjalan dengan lancar dan warna apa yang sesuai untuk bilik anda, tetapi anda masih lagi buntu di dalam mencari idea untuk lukisan di dinding anda.

Sekarang anda telah mengambil kunci rumah baru anda dan mula berjalan-jalan di dalam rumah baru tersebut. Semenjak anda masuk ke rumah tersebut, anda telah dapat idea-idea untuk mencantikkan rumah baru anda.  Lampu yang penuh bergaya yang anda beli pada ketika dulu, lebih nampak bergaya jika di letakkan bahagian sudut, dan anda juga cukup pasti bahawa set sofa lebih cantik di letakkan di bilik lain. Satu-satunya hal yang membuatkan anda benar-benar kurang pasti ialah dimana ruangan yang sesuai untuk meletakkan lukisan dinding anda!

Oleh kerana, anda tidak mahu jika meletakkan warna cat yang neutral. Dan sekarang, apa yang anda inginkan ialah sesuatu yang memberikan anda kebanggan setiap kali anda melihatnya

Tapi dimanakah anda boleh mendapatkan idea-idea lukisan di dinding anda?, dan Dimanakah harus anda pergi untuk mendapatkan lukisan di dinding yang benar-benar boleh terjadi?

Memang ada beberapa cara yang anda boleh dapat mengenai masalah ini, yang paling mudah ialah jika anda seorang  yang mempunyai bakat artistik, sehingga anda boleh dapat idea-idea dengan secara spontan. Malangnya, sebahagian besar dari kita tidak terlalu artistik dan kita ragu-ragu untuk mengambil berus dan cat tanpa sebarang penyelia yang cukup berpengalaman. Dalam kes ini, anda haruslah dapatkan bantuan.

Anda boleh memulakannya dengan menyewa designer interior profesional untuk membantu anda memutuskan apa yang akan nampak bagus atau anda boleh duduk dan menonton beberapa program DIY di TV, di mana mereka akan menunjukkan beberapa idea yang bagus tentang apa yang harus dilakukan ketika menghiasi rumah, bahkan ia juga akan memberikan anda beberapa idea untuk lukisan di dinding rumah anda!

No comments yet.

Leave a Comment