Minuman ANDA???

       Zaman serba moden ini sudah pasti anda mengenali pelbagai jenama minuman berkarbonate yang pastinya mengiurkan anda untuk memilihnya.Apakah jenis minuman kegemaran anda??Coca-cola??Pepsi??dan bermacam-macam lagi.

        Bukanlah maksud saya untuk menidakkan minuman kegemaran anda namun minumlah dengan kadar yang sedikit dan kekerapan yang minimum walaupun pasti anda tidak akan dapat berbuat demikian rupa??Jika anda seorang penggemar minuman berkarbonat tidak kira apa jenama sekali pun,pasti anda menyedari bahawa peningkatan berat badan anda yang semakin melampau atau anda akan merasakan diri anda semakin gemuk??

        Ya..pasti…Tahukah anda dalam satu tin atau botol sekurang-kurangnya mengandungi jumlah gula yang sangat banyak..Kalau anda diberitahu bahawa dalam setiap tin minuman berkarbonat itu mengandungi hampir 10 sudu gula..Anda boleh rujuk di website Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna..KLIK SINI untuk mengetahui lebih lanjut.

         Adalah tidak digalakkan kanak-kanak untuk menikmati minuman berkarbonat selalu malah jika boleh kurangkan..kerana  ia tidak mempunyai sebarang vitamin mahupun garam mineral yang berguna untuk anak-anak anda..Malah ianya boleh menyebabkan anak-anak anda mendapat obesiti di usia yang begitu muda..

          Walaupun tulisan saya ini pada umumnya mengetahui maklumat yang saya sampaikan namun berapa ramai kah yang sedar akan hal ini.??

p/s sama-sama kita mengawal pengambilan minuman berkarbonate sebaliknya lebih baik minum air masak atau air mineral seperti yang di bicarakan iaitu sekurang-kurangnya 8 gelas sehari kira-kira  1.5 liter.

 

 

 

No comments yet.

Leave a Comment