Mengingati nama seseorang adalah salah satu perkara penting dalam membina tanggapan yang positif terhadap diri anda. Nama bukanlah sesuatu yang mudah untuk kita ingat. Ada yang lebih mudah mengingati nama seseorang melalui nick name yang digunakan. Saya juga amat sukar untuk mengingati nama seseorang yang pernah saya berurusan dengannya.
Walaupun mengingati nama adalah suatu perkara yang boleh saya katakan mencabar bagi sesetengah orang seperti saya, terdapat teknik dan panduan yang boleh diaplikasi untuk meningkatkan kemahiran ini…
1. Atasi sifat malu yang keterlaluan
Setiap orang mempunyai perasaan malu walaupun sedikit. Seseorang yang pemalu lebih mudah “terganggu” dengan perasaan dalaman mereka. Oleh itu, mereka cenderung untuk tidak melakukan eye contact dengan baik dan akhirnya mengganggu tumpuan mereka untuk fokus terhadap seseorang dalam perbualannya.
2. Pastikan anda benar-benar mendengar namanya disebut
Kadangkala kita berkenalan dengan seseorang di kawasan yang riuh dan bising. Jadi pastikan kita bertanyakan namanya semula agar kita lebih pasti akan nama mereka atau sekiranya anda malu untuk bertanya semula, cuba rujuk rakan di sekeliling anda.
3. Buat remark bagi nama tersebut
Anda boleh menggambarkan seseorang kenalan lain yang mempunyai nama yang sama dengan kenalan baru anda. Buat remark untuk nama tersebut sebenarnya membantu anda “mengintegrasikannya” dalam minda anda.
4. Sebut namanya sepanjang perbualan
Cuba lakukan langkah ini secara terkawal. Maksud saya, jangan lakukannya secara berlebih-lebihan; ianya akan mengganggu perbualan anda. Sebagai contoh, anda boleh menyebut namanya seperti, “Hai, apa khabar Nashriq?”. Ianya lebih baik berbanding, “Hai, awak apa khabar?”. Nampak kan perbezaannya? ![]()
5. Hentikan perbualan dengan menyebut namanya
Langkah ini sekali lagi dapat menguatkan lagi memori anda untuk mengingati namanya. Ianya boleh dikatakan satu teknik “memory echo” untuk melatih minda anda “mengulangi” perkara yang sama.
6. Latihan
Lakukan sedikit latihan untuk mengingati nama kenalan anda. Anda boleh berlatih dengan menyebut satu per satu nama kenalan dalam sesebuah gambar yang anda ambil bersama mereka. “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”, jadi cubalah sehingga anda benar-benar ingin menguasainya.
7. Melatih diri supaya bersabar
Teknik ini adalah yang terakhir dan yang paling penting dalam ketujuh-tujuh teknik di atas. Ingat, bukan mudah untuk menguasai sesuatu perkara/kemahiran sekiranya anda tidak dapat mengawal kesabaran anda.
Popularity: 1%
Related posts:
