Bagaimana hendak membentuk minda positif?

Seperti mana yang kita tahu, seorang usahawan perlu sentiasa bersikap positif. Bersikap positif boleh memberi keyakinan pada diri kita. Keyakinan adalah senjata utama dalam dunia perniagaan. Berikut adalah tujuh cara untuk membina minda yang positif.

1. Mengamalkan sikap positif.

Jika anda ingin berfikir positif, anda perlu mengamalkan sikap yang positif juga. Jika tidak, berfikir positif hanya akan menjadi angan – angan sahaja. Bersikap positif akan membentuk minda yang positif.

2. Berkata – kata dengan positif

Kata – kata yang positif boleh memberi aura yang positif. Jangan kata cuba tetapi kata saya mesti boleh. Jangan kata tak pasti tapi kata boleh jadi. Sentiasa melontarkan kata – kata yang positif.

3. Berkawan dengan mereka yang bersikap positif.

Jauhkan diri dari mereka yang bersikap negatif kerana ia memang akan menggugat pemikiran anda. Berkawan dan berbincanglah dengan mereka yang sentiasa berfikir positif.

4. Gantikan pemikiran negatif dengan pemikiran yang positif.

Jika ada dugaan dalam perjalanan perniagaan anda, anda perlu sentiasa positif. Jangan fikir akan kerugian tetapi fikir apa yang anda belajar dari dugaan tersebut.

5. Bayangkan imej yang positif.

Manusia selalu ingin membayangkan sesuatu yang negatif. Anda perlu lawan perasaan ini dan sentiasa membayangkan imej yang positif – positif belaka.

6. Anda positifkan fizikal anda.

Jika anda rasa rendah diri kerana gemuk, anda perlu kuruskan badan. Jika anda rasa negatif sebab jerawat di muka, anda perlu berusaha untuk hilangkannya. Di saat anda positifkan fizikal anda, minda anda juga akan bersikap positif.

7. Memikirkan perkara yang menggembirakan.

Seorang usahawan sentiasa menggembirakan hatinya dengan kemewahan yang bakal mereka terima nanti. Anda perlu berfikir perkara yang menggembirakan. Jika anda kaya, keluarga anda akan hidup senang, anda akan beli kereta untuk anak anda dan sebagainya. Berfikir perkara yang boleh menggembirakan anda.

No comments yet.

Leave a Comment