Tali leher jadi bantal untuk tidur di pejabat.

Tahukah anda tokyo kini mempunyai produk baru? Ya, jepun adalah negara yang popular di dalam dunia reka cipta. Tapi memang saya tidak menyangka, di sana ada tali leher yang boleh di jadikan bantal. Di panggil “Tali Leher Nemuri” yang memberi maksud “Tali Leher Tidur”. Ia adalah peralatan yang unik kerana membolehkan pekerja yang keletihan tidur dalam keadaan selesa dan bergaya di meja mereka.
Ia kelihatan seperti tali leher biasa, tetapi mempunyai lubang udara kecil yang tersembunyi di belakangnya. Ia akan menggelembung seperti bantal apabila di tiup. Tali leher tersebut di perbuat daripada sutera dan mempunyai fiber mikro khas yang akan membantu menyejukkan kulit ketika cuaca panas.

Tujuan tali leher tersebut bukanlah mengalakkan pekerja tidur di pejabat, tetapi ia untuk pekerja yang suka tidur sekejap di meja mereka. Jepun terkenal dengan budaya korporat yang menyaksikan rakyatnya bekerja untuk tempoh masa yang panjang dan satu daripada segelintir tempat di dunia di mana perkataan ‘mati akibat terlalu kuat bekerja’ di cipta.

 

Jika ada rakyat malaysia yang berminat membeli tali leher ini, anda boleh beli di www.pillowtie.com, tetapi pastikan tempat kerja anda izinkan.. budaya kerja di tempat kita berbeza di sana.

Popularity: 1%

Related posts:

  1. Jadilah orang yang berjaya di pejabat
  2. Caffeine dan Anda
  3. 3 cara untuk merendahkan tekanan darah.
  4. Membina backlink untuk website baru anda
  5. 10 Tips untuk meletakkan image di blog atau website anda.

No comments yet.

Leave a Comment