Acar Kuning

Bahan-Bahan:

2 batang mentimun

1 batang lobak merah kecil

7 ulas bawang merah

5 ulas bawang putih

Sedikit halia

2 camca sedang air kunyit

1/2 camca teh biji sawi

Sedikit bawang putih, merah, halia, dan minyak (
untuk menumis ), cuka, gula dan garam secukup rasa

Sedikit kacang tanah yang ditumbuk( jika suka )

kapur

 

Cara Membuatnya:

1. Mentimun dipotong 1/2 cm lebar dan 6cm panajang,
rendam dalam air garam yang 

    dicampur dengan sedikit kapur.

2. Halia dan lobak merah dipotong halus memanjang.

3. Bawang putih dan merah dijeruk dalam air cuka,
garam dan gula selama 1 malam.

4. Panaskan periuk, masukkan sedikit minyak,
kemudian tumiskan sedikit halia, bawang putih dan merah. Bila garing, masukkan
biji sawi dan air kunyit.

5. Masukkan cuka, gula dan garam,rasakan. Bila elok
rasanya, angkat dan sejukkan sebentar.

6. Mentimun ditoskan dan dicampur dengan halia,
lobak merak dan bawang ke dalam bekas khas.

7. Tuang kuah acar ke dalamnya dan gaul rata-rata.

8. Kalau mahu boleh juga ditambah kacang tanah yang
telah ditumbuk halus.

9. Acar ini dibuat sehari sebelum digunakan

Popularity: 1%

Related posts:

  1. Minuman ANDA???
  2. Apa itu fatwa?
  3. Jika SUAMI tak kuat iman..
  4. Buat Duit Dengan Blog

No comments yet.

Leave a Comment