Bagaimana hendak mengawal perasaan terdesak terhadap teman lelaki anda?

Jika anda masih bercinta dan belum berkahwin, anda perlu kawal perasaan anda. Jangan serahkan semuanya pada pasangan anda atau lebih tepat jangan menunjukkan diri anda terlalu terdesak pada teman lelaki anda. Ya, anda memerlukan seorang lelaki dalam hidup anda tetapi anda perlu kawal perasaan itu walaupun anda memang menjalinkan hubungan cinta.

Dalam hubungan cinta, lelaki suka akan kebebasan. Mereka akan tinggalkan anda jika anda terlalu mendesak seperti terlalu cemburu. Jika lelaki itu menipu anda, anda juga tidak rasa sakit hati yang amat memandangkan anda tidak terlalu meletakkan harapan yang tinggi pada teman lelaki anda.

Berikut adalah tip yang boleh anda amalkan untuk mengawal perasaan terdesak anda.

Jangan terlalu terdesak untuk bersama dengannya.

Jangan terlalu mendesak teman lelaki untuk berjumpa dan sebagainya. Anda sebagai wanita perlu menjaga maruah anda. Jika teman lelaki ingin berjumpa dengan anda, barulah anda pergi berjumpa dengannya. Dari sini, teman lelaki anda akan lebih menghargai anda .

Jangan terlalu merayu pada teman lelaki anda.

Katakan anda mahu hadiah pada hari jadi anda. Janganlah anda merayu – rayu pada teman lelaki anda bahawa anda mahukan hadiah darinya. Lelaki adalah seorang yang sangat egois, mereka suka mengawal. Jadi, biarkan mereka membeli hadiah pada anda mengikut apa yang mereka mahu.

Jangan terlalu menggatal dengan teman lelaki anda.

jangan terlalu memegang dan menggoda secara seksual teman lelaki anda. Akibat perbuatan ini, anda mungkin kehilangan seorang lelaki yang baik dan serius terhadap anda. Lelaki sayangkan anda tetapi lelaki yang baik suka menjaga tata susila mereka.

Jangan mengikut bulat – bulat apa yang teman lelaki anda suruh.

Jangan jadikan diri anda seperti bola, apabila di tendang ke kanan, ke kananlah anda. Jika anda terlalu mengikut apa yang teman lelaki anda suruh, perasaan teman lelaki anda akan mula kurang terhadap anda. Ini kerana, dia mendapati anda bukanlah seorang yang istimewa. Jika anda berdegil dengan pendirian anda, dia akan lebih menyayangi anda.

Anda mesti selalu lihat bagaimana lelaki dan perempuan yang selalu bergaduh akhirnya akan bersama. Lelaki ini egois dan mereka suka perempuan yang mencabar perasaan egonya.

Sentiasa menjaga maruah diri.

Jika teman lelaki anda memujuk anda untuk mengadakan hubungan seks atau memujuk anda untuk melakukan perkara seksual, jangan lakukan. Ini kerana anda belum lagi terikat dengan alam perkahwinan dan belum tentu lelaki itu adalah suami anda. Walau sedalam mana cinta anda terhdap dirinya, jangan jual maruah anda sewenang – wenangnya.

Anda perlu sentiasa bertegas apabila di kaitkan dengan maruah diri anda. Maruah anda hanya ada satu manakala lelaki ada banyak untuk di pilih.

Jangan terlampau berlembut

Jika ada seseorang menganiaya anda, jangan hanya berdiam diri sahaja. Anda perlu lawan atau tuntut hak anda. Jika anda berlembut, teman lelaki anda akan sentiasa mengambil kesempatan pada dri anda.

Sentiasa tegas dengan ruang masa anda.

Jangan tinggalkan sesuatu yang penting hanya untuk berssama dengan teman lelaki anda. Anda perlu belajar untuk tegas pada diri anda. Jangan biarkan perasaan anda mengawal hidup anda.

Tip  – tip ini bukanlah untuk menjauhkan diri anda dari  teman lelaki anda tetapi untuk melindungi anda sebagai seorang wanita. Ingatlah perkahwinan itu untuk selama – lamanya bukannya sementara. Jadi, anda perlu lindungi diri anda sebelum berkahwin.

Popularity: 1%

Related posts:

  1. Teknik psikologi membuatkan lelaki jatuh cinta pada anda.
  2. Bagaimana hendak membentuk minda positif?
  3. 7 soalan yang patut anda tanya pada diri anda sendiri bagi menilai cinta seorang lelaki?
  4. Wanita penggoda – Tujuh cara menukarkan diri anda pada seorang penggoda.
  5. Bagaimana hendak mengatasi kegagalan?

No comments yet.

Leave a Comment