Salam takzim,
Alhamdu Lillah, sedar atau tidak, kita sudah pun menyambut hari ke-3 dalam bulan yang penuh barakah ini. Sedang anda membaca entri ini, diharapkan agar anda sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat di samping keluarga yang tercinta.
Dalam artikel-artikel yang telah saya keluarkan dalam blog saya sebelum ini, saya cuba memastikan keasliannya dengan berkongsi perkara-perkara menarik yang pernah saya lalui, yang boleh dijadikan motivasi untuk para pembaca blog ini. Diharapkan agar anda semua dapat meluangkan sedikit masa untuk singgah di blog ini pada bila-bila masa. Sekiranya anda tidak ingin ketinggalan artikel-artikel berkaitan motivasi daripada blog ini, bolehlah langgani RSS.
Hati Yang Hidup & Mati – Suatu hari, saya mendapat satu SMS daripada seorang rakan:
Masinnya air laut tidak mampu untuk menyerap ke dalam isi ikan. Walau bagaimanapun, apabila ikan tersebut mati, secubit garam pun sudah memadai untuk memasinkannya…
Sambungan daripada SMS tersebut, beliau menjelaskan bahawa, perumpaan di atas bolehlah dikaitkan dengan HATI.
Hati yang hidup, sangat sukar dinodai. Akan tetapi, apabila hati telah mati, sangat mudah baginya untuk dipengaruhi…
Saya tersenyum lebar membaca SMS ini. Ringkas, tapi penuh makna. HATI merupakan anugerah TUHAN yang ulung. Ungkapan yang keluar daripada mulut setiap orang, boleh jadi ianya pembohongan semata-mata. Tetapi bukan pada hati, kerana hati tidak boleh berbohong! Bilamana hati gembira, akan terpacar di wajah riak kegembiraan. Begitu juga ketika kita bersedih. ![]()
Menjaga hati, bukanlah suatu perkara yang mudah. TUHAN kurniakan nafsu buat makhluk bernama manusia dan sekiranya hati kita diselubungi nafsu semata-mata, maka rosaklah ia. Tapi tidak mengapa, kerana hati dan nafsu ini juga milikNYA. Kita mohon keampunan dan keredhaan daripadaNYA agar hati dan nafsu kita dipelihara olehNYA. InsyaALLAH.
P/s: Dalam bulan Ramadhan ini, memang TUHAN bagi macam-macam dugaan. Semoga dugaan-dugaan ini sentiasa mendekatkan diri kita kepadaNYA. ;D
Popularity: 1%
Related posts:
