Motivasi: Apakah Lagu Kegemaran Anda?

Maksud saya di sini, adakah anda perasan bahawa mendengar lagu kegemaran anda dapat mengembalikan momentum anda dalam melakukan sesuatu?

Ambil contoh begini, katakan satu hari tu saya rasa “down”. Apa yang saya lakukan? Saya akan dengar lagu kegemaran saya iaitu lagu soundtrack daripada movie Rocky,Gonna Fly Now (Saya rasa anda pasti pernah dengar lagu ni). 

Alhamdulillah..Selepas dengar lagu tersebut, perasaan saya terus bertukar menjadi lebih baik. Saya menggelarkan ia “emotion shifting”, dimana kita menggunakan sesuatu medium untuk menukarkan persaan negatif kepada positif.

Tidak semestinya kita perlu menggunakan lagu. Saya pernah jumpa mereka yang menggunakan “movie” sebagai salah satu medium untuk mereka mengaplikasikan “emotion shifting”

Tidak salah untuk saya katakan bahawa medium tersebut banyak memberikan kesan. Cuma mungkin mengambil masa yang lama (silap-silap terus lari fokus). Tapi itu hanyalah sekadar pandangan saya. 

Jadi, apa kata hari ini anda kongsikan lagu kegemaran anda disini? Semoga kita dapat berkongsi. Jangan malu-malu ye.

Popularity: 1%

Related posts:

  1. Adakah anda seorang yang berfikiran positif?
  2. Caffeine dan Anda
  3. Minuman ANDA???
  4. Ingin menghiaskan bilik anak anda?
  5. Membina backlink untuk website baru anda

No comments yet.

Leave a Comment