Motivasi bagi saya adalah suatu perasaan atau keinginan untuk sesuatu. Unsur-unsur lengkap yang perlu ada pada motivasi ialah
1. ada keinginan
2. ada cara
3. ada sesuatu untuk dicapai
Saya membahagikan motivasi pula kepada dua jenis
1. motivasi luaran – motivasi yang diperolehi dari faktor luaran i.e. dari ibubapa, rakan, buku, website, cd, vcd, pakar motivasi, kursus motivasi, dan lain- lainnya.
2. motivasi dalaman – motivasi yang diperolehi dari faktor dalaman i.e. keperluan asas, keperluan keselamatan, keinginan kepada kejayaan
Motivasi luaran dan dalaman memainkan peranan yang berbeza. Motivasi luaran sangat popular sekarang ini sehingga ia dikomersialkan di mana-mana saja dari sekolah tadika hinggalah di pejabat-pejabat. Kita ada program atau kursus motivasi, buku motivasi, cd atau vcd movitivasi, blog atau laman sesawang movitasi dan sebagainya. Ia memberi maklumat dan pengetahuan. Namun motivasi dalaman memainkan peranan yang lebih utama.
Sememangnya motivasi dalaman adalah perlu. Kerana seperti yang saya sebutkan dalam definisi saya tadi, motivasi bagi saya adalah suatu perasaan atau keinginan untuk sesuatu. Oleh itu, walau bagaimana banyak buku dibaca, vcd atau cd yang dimainkan, kursus atau program motivasi yang diikuti, ia perlu ikuti dengan
keinginan untuk berubah –> cara untuk berubah –> keperluan untuk berubah
nescaya barulah motivasi akan mencapai matlamatnya.
Jadi motivasi bagi saya adalah bersifat holistic, keseluruhan dan menyeluruh luaran dan dalaman. Bukan saja memberi kata semangat sebagai motivasi akan tetapi motivasi berupaya untuk merubah manusia ke arah yang positif.
Seperti yang saya katakan, motivasi dalamam lebih penting dan perlu ditekankan. Bagi saya sebagai tambahan dan tampungan, motivasi luaran perlu juga ditawarkan secara bebas dan percuma kepada semua agar ketukan pertama ke arah motivasi dapat diperolehi oleh sesetengah mereka yang belum terbuka minda dan hati untuk melangkaui zon selesa mereka. Ini ialah kerana ketukan pertama mungkin lahir dari dalam diri seseorang ataupun mungkin juga dari luar dirinya.
Saya amat tertarik situasi di Malaysia di mana motivasi luaran ditawarkan secara bebas dan percuma melalui media-media massa awam samada tv, radio dan akhbar. Pengalaman saya semasa di luar negara, peluang ini amat terhad dan hampir tiada langsung. kebanyakan motivasi di luar negara adalah lebih kepada spiritual (seperti Jimmy Swaggart) ataupun berbayar (sepertit Dennis Robbins atau Stephen Covey).
Namun begitu, suatu tajuk perbincangan yang menarik yang boleh kita mulakan ialah mengenai situational motivation, motivasi ubah alih. Saya bermaksud motivasi itu disesuaikan mengikut keadaan. Sekiranya motivasi lahir dari dalam, maka ia adalah yang terbaik. Namun sekiranya motivasi tidak lahir sebegitu, adalah perlu bagi kita yang celik motivasi untuk menawarkan secara bebas dan percuma motivasi dan disalurkan kepada mereka yang masih belum celik mengenai motivasi. Ini ialah sebagai langkah untuk kita membantu negara dan rakyat menuju ke arah masyarakat madani di mana motivasi untuk memperbaiki diri secara kolektif akan membawa negara ke arah kemajuan dan masyarakat dihindari dari gejala sosial. Secara tidak langsung semua akan mendapat manafaatnya.
Oleh itu, kesimpulannya motivasi bukan sahaja holistik dari segi mikro (perseorangan) malahan ia bersifat holistik dari segi makro (masyarakat dan negara). Hanya Allah swt lebih mengetahui.
Popularity: 1%
Related posts:
