Tahun 2008, Tahun Kejayaan!

Tahun baru bakal menjelma lagi. Ketika ini, tinggal lagi
kurang 5 hari menuju ke 1 Januari 2008. Pada waktu inilah, ramai orang mula
memikirkan tentang azam baru.

Inilah masa yang paling sesuai untuk kita semua menganalisa
kembali akan pencapaian masing-masing sepanjang tahun 2007. Analisa semula sama
ada semua yang anda impikan mulai 1 Januari 2007 sudah membuahkan hasil. Adakah
ia sudah tercapai? Sekiranya YA, bersyukur ke hadrat Illahi atas semua nikmat
yang membolehkan anda mencapai target anda. Syukur Alhamdulillah.

Kini, telah tiba masa untuk anda merangka pelan bagi tahun
2008. Apa yang anda mahu capai? Apa yang anda mahu kecapi pada tahun 2008 ini?

Dalam pada cuba
menetapkan matlamat, banyak perkara perlu anda berikan perhatian.
Perkara-perkara yang tertera di bawah mungkin akan memudahkan anda menganalisa
senarai perkara yang mahu anda capai pada 2008.

  • Apa yang anda mahu dalam hidup anda? Apakah yang
    memberikan kepuasan dalam diri anda?
  • Apa yang anda mahukan pada hujung tahun 2008?
  • Apakah matlamat anda dalam perihal kesihatan
    bagi tahun 2008?
  • Bagaimana pula pengurusan kewangan anda? Ada apa-apa yang mahu di
    perbaiki
    .
  • Mungkin anda mahu tambah aset peribadi?

Dengan mula melakarkan matlamat 2008 anda, anda telah tergolong di antara 3%
orang yang berjaya di dunia. Percaya pada diri anda, dan sentiasa berusaha
menggapai impian anda.

Salam Kejayaan Untuk Anda Semua

Popularity: 1%

Related posts:

  1. Minuman ANDA???
  2. Memo Buat Para Aktivis Dakwah
  3. Jika SUAMI tak kuat iman..
  4. ASMA
  5. 7 Langkah Mudah Menulis Blog Setiap Hari

No comments yet.

Leave a Comment