Tip bagi memastikan si lelaki ingin memiliki anda

Jika anda rasa si lelaki masih ragu – ragu untuk memiliki anda, anda perlu bantu si lelaki untuk kukuhkan pendirian dia. Jangan takut untuk melakukannya kerana anda ada hak untuk memiliki kebahagiaan. Di sini saya senaraikan rahsia  yang boleh anda lakukan untuk memastikan si lelaki ingin memiliki anda.

Jangan tunjukkan anda terdesak mahukan dia.

Jangan terlalu menjual diri anda pada si dia. Kekalkan jarak dan maruah anda pada dia. Sentiasa berada di sekeliling dia. Pastikan dia tahu anda suka padanya tetapi pada masa yang sama anda tidak terlalu terdesak mahukan cintanya. Lelaki pada akhirnya akan memilih perempuan yang benar – benar sayang akan dia.

Tunjukkan sifat berdikari anda.

Lelaki bukanlah makhluk yang tahu berdikari sepenuhnya.  Ada perkara – perkara tertentu, mereka memerlukan bantuan orang lain. Anda perlu pandai menjaga diri anda, maruah anda sebagai perempuan. Lelaki akan terpikat pada perempuan yang tahu menjaga dirinya sendiri. Apabila anda bersikap berdikari, lelaki akan berebut – rebut mahukan anda. Pastikan anda tahu memilih yang mana terbaik buat anda.

Sentiasa berada di sekeliling si dia.

Apabila anda berjumpa si dia, jangan malu untuk menghampiri si dia. Anda berjalan ke arahnya dan menegurnya. Ajak dia bersembang tentang topik tertentu dan pastikan dia juga berminat dalam topik tersebut. Keselesaan anda bersama dengannya akan menerbitkan rasa keselesaan pada diri dia dan dia akan sentiasa mencari anda jika dia rasa selesa dengan anda.

Menggunakan kecantikan fizikal.

Lelaki tidak boleh di pisahkan dengan kecantikan fizikal. Walaupun lelaki secara majoritinya jatuh cinta melalui hati, kecantikan fizikal memberi rasa cinta tambahan dalam sesuatu hubungan. Jika fizikal anda menarik, si dia akan sentiasa menghampiri anda. Ini kerana dia bangga berdamping dengan seseorang yang memiliki ciri penampilan fizikal yang bagus.

Jangan terlalu cemburu

Lelaki tidak suka jika anda mengikut dia ke mana sahaja yang dia pergi. Lelaki seperti anda juga mahukan ruang mereka sendiri.

Terima lelaki tersebut adanya.

Lelaki mudah terpikat apabila perempuan menyatakan kesediaan mereka untuk mereka lelaki seadanya sebagai teman hidup mereka. Lelaki tidak suka berubah. Lelaki juga seorang yang tegas. Mereka selalunya bertegas tidak mahu berubah dan anda sebagai wanita perlu menerimanya.  Ini membuatkan mereka lebih selesa dengan anda.

Tunjukkan sifat memahami.

Tunjukkan bahawa anda faham dan sayang pada dia. Lelaki suka di sayangi dan merasa teruja apabila mendapat tahu seorang perempuan menyayanginya.

No comments yet.

Leave a Comment