Sesetengah usahawan beranggapan pengiklanan merupakan pembaziran sekiranya perniagaan kita masih belum berkembang maju. Ramai yang takut membeli iklan kerana khustir iklan tersebut tidak berkesan. Sebenarnya sesebuah iklan berkesan atau tidak disebabkan oleh faktor-faktortertentu. Berikut adalah 7 faktor yang boleh membantu anda untuk melakukan pengiklanan yang lebih berkesan.
1. Pilih medium yang sesuai
Kadang kala disebabkan ingin menjimatkan belanja usahawan tidak memikirkan tentang medium yang digunakan sama ada berkesan atau tidak. Mereka lebih suka menggunakan cara forum dan komen blog orang lain serta beriklan di portal pengiklanan percuma kerana tidak mahu mengeluarkan belanja. Masalahnya bukanlah terletak pada percuma atau berbayar, sebaliknya adakah sasaran anda melihat iklan di tempat yang anda letakkan itu. Iklan yang berbayar sekali pun kalau tidak dibaca oleh bakal pengguna tidaklah berguna dan begitu juga sebaliknya.
2. Jangan buat tanggapan salah
Ramai yang fikir dia tidak suka sesebuah website merasakan orang lain tak suka juga, jadi akibatnya dia tidak mahu meletakkan iklan di website tersebut. Ada kemungkinan website yang anda tidak minat itu diminati oleh ramai orang yang berpotensi untuk produk anda. Jadi jangan fikirkan tentang diri anda, sebaliknya fikirkan tentang pelanggan anda. Jangan juga fikirkan semua orang membaca website yang sama. Ada baiknya anda bertanya kepada pemilik website apakah jenis orang yang melawat website mereka supaya anda boleh menentukan website mana yang hendak digunakan.
3. Ketahuilah tenang pelanggan dan prospek anda.
Anda boleh mengetahui tentang pelanggan anda dengan cara melakukan kaji selidik, tapi sebaik-baiknya jangan buat terlalu jelas. Anda boleh melakukan melalui pertandingan, iaitu pelanggan anda diminta mengisi beberapa maklumat penting untuk menyertai pertandingan tersebut. Dengan cara ini anda boleh menggunakan maklumat yang diperolehi untuk membuat perancangan masa depan yang lebih teliti.
4. Berikan yang percuma
Adakalanya kenyataan anda terhadap produk anda dianggap oleh pengguna sebagai dakwaan semata-mata. Oleh sebab itu ada baiknya juga anda memberikan produk percuma untuk dijadikan testimoni oleh para pengguna. Testimoni biarlah simpel, iaitu menerangkan kenapa mereka sukakan produk anda. Jadi ini lebih memudahkan pelanggan anda membuat pilihan mereka.
5. Dapatkan feedback
Ada baiknya juga anda bertanya kepada pelanggan anda dari mana mereka mengetahui tentang iklan anda. Tanya juga kepada mereka sama ada mereka mengalami sebarang masalah untuk mengetahui tentang iklan anda tersebut. Sekiranya pelanggan anda menyatakan masalah, cuba dengar dengan baik. Sekalipun anda tidak setuju, jangan tunjukkan dengan sikap keras. Ini kerana maklumat yang mereka berikan amatlah bermakna.
6. Arahan biar jelas
Arahan pada iklan anda haruslah jelas seperti, di mana pelanggan boleh membeli barang anda. Bagaimana mereka boleh membeli dan sebagainya. Ini kerana pelanggan tidak mahu membuang masa dan kredit telefon mereka untuk bertanya anda soalan-soalan tersebut sebaliknya mereka inginkan maklumat yang segera.
Perhatian : maklumat ini bukanlah nasihat profesional sebaliknya adalah tips daripada pengalaman dan pengetahuan melalui pembacaan.
Popularity: 2%
Related posts:
