Salam sejahtera..
Masa persekolahan adalah masa untuk anda belajar selok belok perniagaan.Jika anda berminat nak menjalankan business secara serius di masa hadapan,bermula sejak dari bangku sekolah adalah sangat digalakkan.Walaupun ini bertentangan dengan rules sekolah,tetapi anggap sebagai cabaran dalam perniagaan anda.
Pertama sekali,awak kena tahu hukum asas perniagaan. Hukumnya jika ada permintaan,maka wujud penawaran.Ini hukum yang paling asas yang awak perlu tahu. Jika permintaan banyak,penawaran ( barang/khidmat) sedikit maka harga akan melambung manakala permintaan kurang,barang ada banyak,maka harga akan turun. Relatifnya ini faktor tunjang yang mempengaruhi harga sesuatu produk.
Untuk memulakan business pertama awak di sekolah,awak kena mencari apa masalah yang dihadapi oleh keseluruhan pelajar. Masalah yang awak rasa boleh mendapat sesuatu darinya.Dengan masalah yang ada,awak boleh mencipta satu penyelesaian dan membuat untung atas perkhidmatan itu. Contohnya,jika awak bersekolah di asrama penuh,masalah yang sering dihadapi adalah makanan dari menu yang sama hari-hari. Bosan dan tidak menyelerakan. Dah jemu orang kata. Jadi,anda boleh meniru saya,menjual nasi lemak di sekolah pada waktu malam.Atau yang lebih advance,jual burger ke,chicken chop ke atau apa sahaja yang anda rasakan perlu dan boleh menyelesaikan masalah ‘makanan asrama tidak sedap” Keuntungan anda perlu tetapkan dari satu jualan produk anda dan ini boleh berbincang dengan pembekal anda.
Peraturan sekolah yang akan menyusahkan pelajar dan awak nak take for granted atas undang-undang itu. Contohnya,pelajar asrama hanya boleh keluar outing pada hari minggu sahaja. Mereka ini kebanyakannya memiliki hanset dan perlu tambah nilai. Mana nak cari topup dalam sekolah? betul tak? Awak boleh menjadi kedai topup bergerak di asrama awak. Jangan risau,pelanggan yang akan cari awak. Lihat kedudukan sekolah awak. Kawasan bandar atau luar bandar? Jika luar bandar,kemudahan pembelajaran adalah terhad berbanding dengan bandar. Atas inisiatif awak, awak lihat apa yang pelajar sekolah awak perlukan. Selalunya buku rujukan dan latihan. Apa kata awak offer diri,untuk membeli buku rujukan yang diperlukan dan awak ambil untung atas perkhidmatan awak. Ini model business jenis drop shipping.Awak boleh praktikkan teknik ini di sekolah.
Jika awak berani,apa kata promosi or direct sell sesuatu kepada prospek paling berduit di sekolah. Siapa lagi kalau bukan guru-guru anda. Katakan bapa anda membuka kedai emas,awak boleh mempromosi barangan kemas yang dijual d kedai bapa awak.Beri diskaun untuk mendapatkan jualan. Daripada jualan itu mungkin anda dapat komisien dari bapa. Mudah aje kan.Guna air liur aje dan sedikit teknik mempromosi,dah dapat duit poket lebih. Sebenarnya banyak lagi sumber pendapatan yang dapat dijana dari sekolah.Baik sekolah menengah mahupun sekolah menengah. Sepupu saya membuat kotak hiasan dan adiknya menjual di sekolah. Rakan saya membuat sticker nama dan mengaut keuntungan berganda atas setiap tempahan.Kawan saya menjual kerongsang kepada pelajar perempuan lain secara sambilan sahaja.Jual jeruk buah dan sagu pun ada juga.
Banyak bukan perniagaan yang boleh awak lakukan di sekolah.Awak kena fikir dan ada idea buat duit sedikit aje untuk dapatkan produk awak. Apakata selepas awak baca artikel ini,fikir 2 minit apa permasalahan di sekolah awak,produk/perkhidmatan yang patut diberikan dan 3 minit untuk fikirkan pelan pemasaran awak.Saya yakin awak akan berjaya. Selamat mencuba..
Popularity: 1%
Related posts:

