Membina backlink untuk website baru anda

View PDF | Print View
by: Admin
Total views: 0
Word Count: 399
Date: Wed, 1 Jul 2009 Time: 11:07 PM
0 comments

Baiklah, sekarang anda telah mempunyai nama domain yang baru dan mungkin anda telah register selama 2-3 bulan. Sekarang apa anda perlu lakukan ialah membina backlink ke website baru anda. Perkara ini adalah penting untuk membuat website anda di index oleh enjin pencarian, dengan erti kata lain, dijumpai oleh pengguna-pengguna internet di seluruh dunia. Jadi disini saya telah menyediakan senarai yang anda perlu lakukan untuk membina backlink untuk website baru anda.

1. Membuat backlink dengan mengunakan artikel.

Mungkin anda keliru mengenai cara ini, sebab ramai yang tersalah anggap dengan mengunakan artikel yang sama dapat membantu mereka didalam membina backlink. Sebenarnya mereka salah, jika anda memilih cara ini anda haruslah mengunakan artikel yang berlainan supaya ia cepat di index oleh enjin pencarian, dan secara tidak langsung memberikan anda backlink yang neutral. Apa yang anda harus lakukan ialah, menulis artikel dan hantarkan ke website-website artikel percuma.

2. Membuat posting secara harian.

Ini juga membantu anda di dalam membina backlink dalaman. Ibaratkan anda mempunyai website store, tetapi telah di integrasi dengan blog. Tujuan blog ini ialah membuatkan website anda cepat di index. Boleh dikatakan blog anda adalah pembantu website anda. Tiada idea apa yang ingin ditulis? pastikan anda menulis perkara yang berkaitan dengan website tersebut.

3. Memberi komen di blog orang lain.

Perkara ini paling mudah dilakukan, kerana anda cuma perlu memberi komen di blog yang berkaitan dengan website anda. Agak susah juga jika anda seorang yang tidak mempunyai idea untuk memberi komen.

4. Mendaftar ke website sosial network.

Mudah aje, daftar website myspace, facebook atau twitter, sambil mencari kawan, sambil mempromosikan produk atau website anda.

5. Membuat backlink dengan Link Directory.

Dulu perkara ini diiktiraf oleh google sebagai salah satu cara untuk membina backlink. Tetapi semenjak google telah membuat guidelines mereka mengenai perkara ini. Membuatkan ramai webmaster yang kurang mengunakan cara ini. Pada pendapat saya, baik anda melakukannya daripada anda tidak melakukan. Mungkin google sahaja yang tidak menerima backlink daripada directory tetapi tidak Yahoo, atau MSN, mereka masih mengira ia sebagai backlink website anda.

Yang pastinya, anda haruslah melakukan secara berperingkat, maksud saya disini. Jangan sekali-kali mengunakan cara mudah, seperti mengunakan auto submission software atau sebagainya. Kerana dengan mengunakan cara sedemikian boleh menyebabkan website anda terganggu dari segi enjin pencarian.

 

Sponsored Links:  Blog Malaysia   Rahsia Penulis Ebook    Panduan Raja Adsense    Mencari Niche    

About the Author

Menulis sekadar ingin berkongsi dengan pembaca di direktori ini.


Rating: 3.0

Comments

No comments posted.

Add Comment

Your Name:


Your Email:


Comment

Enter the code shown

Visual CAPTCHA

Latest Comments

1: Great insights. I loved to read your article. Admi.., by cwillson
2: herm... i like this article, by Admin
3: Sila beri maklumbalas anda, terima kasih., by hjmalek
4: Silalah beri komen anda, terima kaseh., by hjmalek
5: Maksud Ayat Al-Quran "Maka bertanyalah kepada oran.., by zainuddinm