Mendidik anak kecik secara “self-discovery”
View PDF | Print View
by: elfreakz
Total views: 16
Word Count: 282
Mendidik anak kecik secara “self-discovery”
Zaman kanak-kanak atau usia muda, adalah masa yang sesuai untuk mempelajari benda bara. Ini kerana, pada usia muda, kita mudah untuk belajar tentang sesuatu topik dengan cepat. Ibu bapa atau penjaga seharusnya mengambil peluang untuk mengajar anak-anak pada usia anak mereka masih muda.
Jika anda seorang ibu atau bapa, ajar anak anda tentang hidup dan kelakuan yang positif, supaya mereka tahu, cara hidup yang betul di masa akan dating. Buatkan mereka berminat untuk tahu tentang kehidupan.
Anak-anak yang mempelajari sesuatu topik melalui cara “self-discovery”. Cara ini ada kebaikan dah keburukannya. Belajar melalui cara “self-discovery” adalah cara agak bebas (berdikari), dan bergantung pada diri sendiri. Ianya mungkin agak lambat, kerana pembelajaran seperti ini tidak dibantu oleh orang lain. Walaubagaimana pun, ia menguntungkan kerana, anak-anak akan tahu dengan sendiri nya melalui praktikal. Yang mana baik, yang mana buruk, yang mana merbahaya, dan lain lain. Anda harus perhatikan apa yang anak anda sedang pelajari juga. Pastikan ianya sesuatu yang betul. Sebagai ibu bapa ini juga merupakan tanggungjawab yang penting. Jangankan biarkan anak anda belajar secara “self-discovery” sepenuh masa.
Apabila mengajar anak-anak, jangan lakukan semuanya untuk mereka. Kita boleh memberitahu apa yang perlu, dan biarkan anak berfikir dengan sendiri untuk mengambil tindakan seterusnya. Ini penting untuk mengajar anak cara berfikir secara positif. Jika keputusan yang diambil oleh seorang anak itu salah, biarkan dahulu, dan lihat keputusan seterusnya, adakah anak anda mampu mengetahui ianya salah, atau betul.
Kita harus memberi perhatian apabila anak kita belajar melalui cara “self-discovery”. Penuhi keperluan dan pemikiran seorang anak kecil dengan keyakinan, berdikari, dan positif. Ingat, pembelajaran yang berkesan haruslah ada ciri-ciri jenaka, rasa sayang, kesabaran dan bertimbang rasa. Justeru anda tidak akan melakukan perkara yang salah dalam mendidik anak.
About the Author
El Ishak http://el.freakzter.com
Rating: Not yet rated
