koleksiartikel.com - Artikel yang menarik untuk anda

Welcome Guest

Search:

Home » Kediaman-and-keluarga » Tips untuk membuat “Open House” dan parti.

Tips untuk membuat “Open House” dan parti.

Avatar:

View PDF | Print View
by: elfreakz
Total views: 10
Word Count: 339

 

Tips untuk membuat “Open House”.

1. Biar ada style. – Sudah pasti anda tidak mahu membuat open house yang terlalu simple. Tidak mungkin hanya membuka pintu dan menjemput tetamu untuk duduk. Cara yang paling bagus adalah, mulakan dengan menyusun perabot rumah anda, untuk menaikkan mood tetamu. Selepas itu, pasang lagu yang bertema pelahan dan nada bunyi yang juga pelahan. Jika anda suka lilin, nyalakan lilin dibeberapa sudut, jangan jadikan lilin sebangai perhiasan sahaja.

2. Pastikan tetamu anda ingat tarikh jemputan! – Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menjemput tetamu dengan menghantar kad, e-mail, sms, dan dari mulut ke mulut. Cara ini sememangnya mudah, tetapi mudah juga dilupakan. Pastikan tetamu jemputan anda ingat! Anda boleh memberi peringatan untuk mereka, sehari sebelum tarikh jemputan.

3. Memberi sedikit hadiah untuk tetamu anda. – Ini memang jarang dilakukan. Kerana, minda kita telah di set kan, tetamu akan memberi hadiah kepada kita. Tetapi apa salah nya jika kita ubah cara ini, biarlah kita yang menjemput memberi sedikit hadiah kepada tetamu, untuk tanda ingatan. Beberapa hadiah yang boleh di beri seperti, magnet peti ais, bingkai gambar, pasu pasu kecil, dan lain lain.

4. “Design” rumah anda dengan sesuai. – Sudah pasti, membuat design dan susun atur dengan sendiri adalah lebih jimat. Anda harus pastikan interior design ada itu sesuai dengan jenis sambutan. Jika ia, parti hari lahir – buat lah mood “birthday” dan keluarkan semua foto-foto lama anda. Jika ia nya Open House untuk hari raya, sudah pasti interior nya lebih kepada hari raya.

5. Pelan kan rancangan sewaktu open house sedang berlangsung. Ramai di antara kita hanya menekankan konsep berborak kosong, makan dan minum, dan bersurai. Anda boleh merancang sesuatu seperti karaoke, permainan kad, dan lain-lain. Ini adalah extra untuk memeriahkan suasana supaya tetamu anda tidak bosan.

6. Cari orang yang boleh membantu anda. Sesetengah antara kita suka mencari “party planner” untuk menyusun atur rumah dan rancangan. Jika anda mampu, apa salahnya. Saya pasti, perkhidmatan yang di beri oleh party planner ini adalah tip-top!.

Ini hanya beberapa tips sahaja dari saya. Apa yang penting di sini, perancangan awal adalah sangat penting. Dan gunakan kreativiti anda sepenuhnya!

About the Author

El Ishak http://el.freakzter.com


Rating: Not yet rated

Comments

No comments posted.

Add Comment

You do not have permission to comment. If you log in, you may be able to comment.