koleksiartikel.com - Artikel yang menarik untuk anda

Welcome Guest

Search:

Home » Kenderaan » ML350 lebih macho

ML350 lebih macho

Avatar:

View PDF | Print View
by: Admin
Total views: 16
Word Count: 615

 

TEMPOH selama tiga hari memandu uji kenderaan utiliti sport (SUV) terbaru keluaran Mercedes Benz, ML350 di rasakan cukup singkat kerana banyak keistimewaan tersurat yang belum diterokai. Kenderaan pacuan empat roda atau SUV sememangnya popular ketika ini dan banyak pengeluar kenderaan dunia melancarkan model terbaru mereka berdasarkan kehendak pasaran yang mahukan sebuah kenderaan mampu meredah segala halangan.

Mercedes juga tidak terkecuali apabila melancarkan model ML350 yang penuh gaya dan kemewahan bagi menyaingi model seangkatan dengannya seperti BMW X5, Volvo XC90, Range Rover mahupun Porsche Cayenne. Tidak dinafikan kehadiran ML350 adalah pengganti bagi M-Class generasi pertama apabila kadar jualannya kurang memberangsangkan manakala kehadiran versi terbaru ini jelas menunjukkan kesungguhan pengeluar jentera terunggul Jerman ini mahu mencabar pesaingnya.

Dari sudut luaran, ML350 dibekalkan dengan wajah lebih ‘macho’ dengan lambang bintang berbucu tiga menghiasi ruang angin hadapan yang besar dan bergaya. Malah, bampar hadapannya turut dilengkapi dengan lampu antikabus serta bentuk yang lebih aerodinamik menam bahkan lagi ciri maskulin jentera yang boleh dikategorikan sebagai mewah tetapi lasak.

Walaupun berciri lasak, penulis yakin pembeli kenderaan jenis ini tidak akan menggunakan kebolehan yang ada pada jentera ini untuk meredah kawasan hutan. Malah, jarang sekali kelihatan kenderaan bintang berbucu tiga ini termasuk ML350 penuh selut namun Mercedes tetap memastikan ia mempunyai pelbagai peralatan yang mem bolehkannya meredah laluan yang lasak sekiranya terdesak.

Menerjah ke ruang dalamannya, ciri kemewahan jelas terserlah dengan salutan kulit di segenap ruang serta kemasan kayu yang eksklusif. Papan pemuka menempatkan unit kawalan penyaman udara automatik, ruang simpanan kecil selain radio yang boleh berfungsi sebagai skrin televisyen, GPS, peta dan telefon bimbit bebas tangan.

Selain itu, radio berkenaan boleh diibaratkan sebagai sebuah telefon bimbit apabila berupaya menyimpan buku telefon dan butang nombor dail yang mudah menggunakan teknologi Bluetooth. Panel meter yang ringkas tetapi menyimpan pelbagai data kelajuan, penggunaan minyak dan jam analog menjadikan pemandu ML350 boleh menumpukan perhatian terhadap pemanduan.

Paling menarik, stereng ML350 boleh diubah mengikut keselesaan sama ada mahu ditinggikan, direndahkan, di panjang atau seolah-olah bersambung bersama papan pe muka. Ia juga dilengkapi butang kawalan radio, data pemanduan selain kawalan tujuh gear secara manual melalui sistem 7G-Tronic Mercedes yang berteknologi tinggi dan canggih.

Kerusi pemandu dan penumpang hadapan dikawal secara elektronik dengan tiga mod memori manakala bumbung suria menambahkan lagi keseronokan ketika memandu. Bagi mereka yang kurang arif, pastinya tercari-cari tombol gear di konsul tengah kerana transmisi ML350 terletak di belakang stereng dan pemandu cuma perlu menolak ke bawah untuk meluncur selain hanya perlu menekan butang untuk ke posisi P.

Sebaik meluncur, suspensi Double-wishbone pada gandar hadapan nyata berjaya memberikan ML350 kawalan yang lebih jitu dan halus manakala sistem gantungan Four-link pada bahagian belakang membolehkan kenderaan bersaiz besar, berat dan tinggi ini membelok dengan lebih yakin serta mantap. Dijana dengan enjin V6 24 injap 3,498cc ini membekalkan kuasa sekuat 272hp membolehkan jentera seberat 2,830 kilogram ini terasa ringan ketika meluncur laju ke Sabak Bernam dengan meredah jalan berliku di Ijok dengan penuh keyakinan.

Dengan tork setinggi 350Nm pada 2400-5000rpm, tidak hairanlah ML350 hanya mengambil masa 8.1 saat untuk bergerak dari kedudukan pegun ke 100km/j. Kebiasaannya, SUV yang menggunakan petrol dikatakan kuat minyak dan lembap berbanding diesel tetapi penulis mendapati ML350 kurang ‘mencekik’ walaupun sering me nekan pedal minyak untuk menguji kekuatan tork serta kelajuannya.

Walaupun tidak berpeluang mengujinya di laluan lasak, penulis yakin sistem Airmatic, Downhill Speed Regulation, Start-off Assist dan ABS off-road ML 350 tidak menge cewakan. Bagi versi standard, ML350 didatangkan dengan rim bersaiz 18 inci manakala versi sport dilengkapi dengan rim 19 inci berbucu lima.

Dengan harga atas jalan RM549,088 dan RM599,088 bagi versi Sport, ML350 mampu memberi kepuasan maksimum kepada pemiliknya sejajar dengan nilai wang dilaburkan untuk sebuah SUV berciri lasak yang penuh kemewahan.

SPESIFIKASI

Mercedes-Benz ML350

Enjin: Petrol V6 3.5L

Kuasa maksimum: 272hp

Tork maksimum: 350 @ 2400-5000 rpm

Transmisi: 7G-Tronik

Ciri keselamatan: Beg udara, ABS, BAS, ESP, 4ETS

Harga: RM549,088.00

About the Author

Artikel ini di petik dari Harian Metro Penulis :- Oleh Mohd Razlan Salleh


Rating: Not yet rated

Comments

No comments posted.

Add Comment

You do not have permission to comment. If you log in, you may be able to comment.