Melambatkan tanda penuaan
View PDF | Print View
by: Pengumpul
Total views: 10
Word Count: 272
Date: Wed, 15 Apr 2009 Time: 12:00 AM
0 comments
Tahukah anda, anda tidak perlu membeli produk kecantikan yang mahal-mahal atau melaburkan sejumlah wang yang besar untuk pembedahan demi tampil cantik dan awet muda. Begitu juga pengunaan terlalu banyak produk atau rawatan kecantikan, kadang-kadang ia akan memburukkan lagi keadaan anda.
Tanpa produk atau rawatan yang mahal sekali pun anda masih boleh memperoleh kulit wajah yang sedar dan muda. Langkah-langkah di bawah di sarankan dapat membantu anda memelihara aset diri yang paling berharga.
Langkah 1 - Lindungi diri dari matahari.
Lindungi diri dengan pelindung matahari, tidak dinafikan ia merupakan sejenis produk tetapi harganya agak berpatutan. Gunakan setiap hari, malah pastikan juga bahan solekan anda mengandungi bahan pelindung matahari atau sekurang-kurangnya SPF1. Bagi berambut pendek, sapu rata bahan pelindung matahari di sekitar leher, tengkuk dan telinga.
Langkah 2 - Hirup udara segar.
Menatap komputer sepanjang hari di bawah sinar lampu kalimantang boleh membuatkan wajah anda pucat. Bagaimana menanganinya? tidak perlu mendapatkan rawatan yang mahal hanya ambil masa beberapa minit keluar dari pejabat untuk mendapatkan udara segar dari luar. Ia dapat mengembalikan kesegaran kulit.
Langkah 3 - Makan ikan dan kekacang.
Kolagen semula jadi boleh diperolehi dalam makanan yang kaya dengan asid lemak omega 3 seperti ikan, kekacang dan telur dan makanan yang kaya dengan anti oksida seperti sayuran hijau. Makan bergoreng telah membuktikan ia dapat mengurangkan jumlah kolagen. Jadi anda haruslah tahu apa yang perlu anda lakukan, betulkan?
Langkah 4 - Jangan lupa krim anti kedutan.
Jangan lupa oles serum atau krim anti kedut kerana ia dapat menyegarkan wajah yang kusam
Sponsored Links: Rahsia Penulis Ebook Mencari Niche Blog Malaysia Panduan Raja Adsense
About the Author
Seorang pengumpul artikel, supaya boleh dirujuk oleh pengguna online.
Latest articles from Pengumpul
1: Kenal 8 denai di Bukit Fraser?2: Minyak Naik, Gula Naik
3: Millatfacebook vs Facebook
4: Kasut Crocs dan Kalimah Allah
5: Cara Mudah Untuk Menulis Surat Jualan Pertama Anda
Top Five popular articles about Kesihatan
1: Sakit Buah Pinggang : Kenali Simptom-Simptom Awal2: Petua Pantang Larang Untuk Kesihatan Tenaga Batin
3: KESIHATAN MENTAL
4: Jantung lebih sihat dengan oat
5: Merokok, Gaya Hidup; Punca Mati Muda



