Website 
Website adalah sama seperti sebuah rumah yang anda tinggal. rumah itu mempunyai beberapa bilik,kawasan ruang tamu,dapur dan sebagainya. Begitu juga dengan website. Ia ibarat rumah didunia internet.
Domain 
Domain adalah alamat laman web anda untuk diakses oleh pengguna di seluruh dunia. Analogi mudah adalah domain itu sama seperti alamat rumah NO,190,Taman Bukit Cahaya, 05600,Shah Alam, Selangor Darul Ehsan ini adalah alamat rumah tunang saya.alamat itu sama seperti alamat:www.faizsufi.com ini adalah alamat blog saya.
Hosting
Apa pula hosting tu? Rumah tunang saya dibina atas tanah kerajaan. Penama tanah itu adalah: Lot 1130,1131,1132,1133 Bukit Cahaya, Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia, Hakmilik:Kerajaan Negeri Selangor Kerajaan Negeri Selangor yang memiliki tanah itu.Bapa tunang saya mendirikan rumah di atas tanah itu. Hosting adalah sebuah “komputer” untuk menyimpan maklumat dan data website anda untuk dilayari oleh seluruh pengguna internet. Syarikat yang menyediakan “tanah” untuk “rumah” anda seperti:
Bandwith
Bandwith adalah jalan untuk sampai ke rumah anda Rumah anda besar dan cantik tapi berada di kawasan hujung kampung. Jalan nak sampai ke rumah anda adalah jalan bermini tar yang cukup-cukup sebuah kereta lalu aje,jadi kuranglah pelawat ke rumah awak. Manakala pondok bus yang kecil molek itu dibuat di tepi jalan persekutuan yang ada 4 lorong. Agak-agak banyak tak jejaka hentikan kereta untuk mengorat tunang saya time dia nak pergi kerja?? Bandwith adalah suatu system untuk membolehkan beberapa kuantiti visitor boleh melayari web awak pada sesuatu masa.Jika melebihi limit yang ditetapkan,kemungkinan visitor tidak dapat access atau lebih teruk website akan jam dan berat.
Addon domain Addon domain adalah domain milik anda yang lain dan dimasukkan ke dalam hosting yang sama.Ini kerana database hosting anda yang besar,jika digunakan untuk satu website pun tak luak,maka anda boleh menambah domain lain untuk menggunakan hosting yang sama. faizsufi.com ini menggunakan hosting pelajarniaga.com dimana hosting provider ini memberi database yang unlimited. Jimat! Saya akan berkahwin dengan tunang saya tidak lama lagi,jadi saya membuat keputusan untuk membina “rumah”.Masalahnya,kawasan Selangor tanah mahal.Jadi bapa mertua telah membenarkan saya untuk mendirikan rumah di atas lot beliau yang besar tu. Lot 1130,1131,1132,1133..
Subdomain
Saya nak rumah saya ada 5 bilik.Tetapi tunang saya tak bagi buat sebab belum ada anak lagi.Jadi buat 2 bilik sahaja lah. Subdomain adalah sub kepada domain kita.Untuk mengasingkan beberapa database yang berlainan agar mudah diakses. Contohnya bapa mertua saya ada web tentang komputer.Jenama acer,dell dan sony.Jadi dia buat subdomain untuk nampak lebih tersusun
www.acer.komputermertuaku.com
www.sony.komputermertuaku.com
www.dell.komputermertuaku.com
Parked Domain
membolehkan anda mempunyai beberapa nama domain untuk satu website yang sama. Contohnya, anda mempunyai sebuah website menjual komputer. Nama domain website anda ialah “komputer.com”. Tetapi setelah beberapa ketika, anda dapati pelanggan-pelanggan yang membeli dari website anda kebanyakkannya adalah orang putih, jadi anda bercadang menggunakan pula nama domain “computer.com” bagi website tersebut. Apa yang anda perlu lakukan, daftarkan nama domain “computer.com” dan kemudiannya, tambahkan nama domain yang baru itu di dalam cpanel anda dengan menggunakan fungsi “Parked Domains”. Kini, anda mempunyai 2 nama domain bagi sebuah website yang sama. Jika ada yang anda nak tambah,boleh masukkan di ruangan komen.
Popularity: 1%
Related posts:

