BI menerusi web 2.0
View PDF | Print View
by: Pengumpul
Total views: 8
Word Count: 208
Date: Wed, 5 May 2010 Time: 10:55 PM
0 comments
Bagi memenuhi permintaan perniagaan terhadap sistem Perniagaan Pintar (BI) yang mudah diakses dan menepati bajet semasa pelanggan, pengeluar perkhidmatan berasaskan perisian, SAP, menawarkan perkakasan BI On Demand menggunakan web 2.0.
Ia sekali gus menyasarkan pengguna BI kasual yang memiliki kos terhad untuk memajukan perniagaan termasuk menilai kemampuan bisnes serta menganggarkan kos produksi didapati berdasarkan perkakasan terbabit.
Pengarah Kanan SAP BusinessObjects Hab Asia Tenggara, Eric Sin memaklumkan, syarikat terbabit menghasilkan BI On Demand yang mempunyai ciri memindah turun data dengan pantas, perkongsian data secara menyeluruh, melayari data secara komperehensif, menyimpannya dan menggabungkan set data.
"Secara tidak langsung, BI On Demand memudahkan proses perniagaan untuk pengeluaran laporan yang memperkemaskan tahap efisien kepada pelanggan masing-masing kerana laporan itu dibuat dengan teliti serta sistematik," kata Sin.
Katanya, menurut laporan penyelidik Gartner ke atas ketua pegawai maklumat pada tahun lalu, mereka mendapati BI menjadi keutamaan teknologi dalam urusan perniagaan yang berupaya meningkatkan jualan masing-masing pada akan datang.
"SAP syarikat pertama yang mengeluarkan perkakasan sedemikian dan pengguna boleh mendapatkannya dengan harga serendah RM110 setiap pengguna," tambahnya.
Beliau berkata, BI On Demand boleh mengurangkan kerenah birokrasi kerana pengguna tidak perlu melalui 'firewall' yang ketat jika mahu mendapatkan maklumat perniagaan sekiranya ia diperlukan.
Sponsored Links: Rahsia Penulis Ebook Panduan Raja Adsense Panduan Belajar Cpanel Mencari Niche
About the Author
Artikel ini diambil di hmetro
Latest articles from Pengumpul
1: Nasihat Rasulullah ketika Menyambut Bulan Ramadhan2: Kenali Erti Maruah
3: Kenal 8 denai di Bukit Fraser?
4: Minyak Naik, Gula Naik
5: Millatfacebook vs Facebook
Top Five popular articles about Komputer dan Internet
1: Istilah Penggodam ( Hacker )2: 5 Cara Untuk Lajukan Windows XP
3: Hacker Sebagai Penguji Sistem Keamanan
4: Kenali apa itu Trojan?
5: Thumbdrive review untuk pembeli



