Sesuatu gambar akan memberikan seribu makna, begitulah yang mana biasa kita dengar di mulut orang ramai. Tahukah anda? Tidak ramai orang yang suka membaca secara online, perkara ini menyebabkan anda terpaksa membuatkan penulisan anda nampak lebih ringkas atau terus kepada maklumat yang anda nak sampaikan kepada pembaca. Gambar dapat membantu memberikan ilustrasi kepada pembaca tanpa memerlukan pembaca memandang kotak-kotak yang penuh dengan tulisan. Di sini saya sertakan beberapa manual untuk diikuti ketika memilih gambar untuk digunakan dan bagaimana menggunakannya.
- Pastikan gambar itu relevan. – Gambar tersebut perlulah dapat menggambarkan kepada pembaca mengenai perkhidmatan atau produk anda. Jangan meletakkan gambar tanpa tujuan!
- Anda harus mempunyai hak untuk menggunakan gambar tersebut – Hak cipta juga di amalkan di dalam website seperti mana di praktikan di dalam bahan cetakkan. Antara anda perlu mengambil gambar sendiri, mengupah orang untuk ambilkan gambar, atau mengambil gambar daripada website yang memberi secara percuma dan tiada isu copyright. Salah satu sumber yang bagus untuk anda ialah Wikimedia Commons.
- Elakkan daripada pengunaan gambar beranimasi kerana ia akan menyukarkan pengunjung blog/website anda. Oleh kerana, setengah orang tidak mempunyai hubungan internet yang laju dan ini mungkin boleh menyebabkan mereka akan meninggalkan blog/website anda!
- Elakkan daripada mengunakan gambar yang bersaiz besar. Sebelum anda mengunakan sesuatu gambar, pastikan gambar tersebut mempunyai saiz yang kecil kebiasaannya bawah 100kb. Anda dapat mengubah saiz gambar ini dengan mengunakan perisian yang anda ada contoh, photoshop, gimp.
- Mengunakan thumbnail jika anda ingin menunjukkan gambar yang mempunyai resolusi tinggi dan size gambar yang besar. Tetapi anda haruslah memberi peringatan kepada pengunjung supaya mereka dapat tunggu untuk melihat gambar tersebut.
- Gunakan ayat “alt” yang sesuai. Anda boleh melihat “alt” jika anda meletakkan mouse anda kepada sesuatu image. Ini akan memberikan kelebihan kepada pembaca untuk mengetahui sesuatu gambar tersebut, selain itu, ia juga akan membantu di dalam pencarian search engine.
- Bersihkan gambar anda! Pastikan gambar tersebut kelihatan sharp dan mempunyai contrast yang sesuai.
- Elakkan pengunaan gambar latar belakang, kerana ia mungkin menganggu pembaca anda untuk melakukan cetakkan!
- Pilih gambar yang berbeza daripada blog/website yang lain. Tahukah anda apa pengunjung anda berfikir?
- Rakyat Malaysia harus mengamalkan sikap meminta izin sebelum mengambil gambar/isi kandungan blog atau website orang lain. Bukannya sukar, anda perlu menghantarkan email kepada mereka, dan menyatakan yang anda ingin mengambil sesuatu daripada blog/website mereka dengan balasan memberikan kredit kepada blog/website mereka!
Sampai di sini saja untuk tips web design, mungkin akan membantu anda membina blog/website yang menarik.
Popularity: 1%
Related posts:

Salam perkenalan.
Terima kasih kerana makluman ini. Ada beberapa perkara yg menjadi pengajaran buat saya. Izinkan saya bertanya: bagaimanakah cara untuk memaparkan gambar yg kita ambil secara (Fn+Print Screen) di mana2 & ingin paparkannya di blog kita?
Semoga soalan ini tidak mengelirukan.
sedara Hadi, minta maaf kerana lambat response… sedara leh tengok video tutorial ini, yang di buat khas untuk sedara
http://www.youtube.com/watch?v=ZvUy20Lg0Rs