Bagaimana hendak memotivasikan orang untuk membeli?

Surat jualan yang tiada motivasi untuk membeli adalah surat jualan yang sia-sia. Penggunaan perkataan dan konsep penceritaan perlulah sesuatu yang boleh membangkitkan perasaan teruja untuk membeli produk anda.

Psikologi membeli.

1.    Adakah produk anda boleh memberi kebahagian kepada pembeli? Pelanggan anda perlu percaya bahawa produk anda akan memberi tambah nilai dalam kehidupan mereka. Di dalam surat jualan, anda perlu senaraikan segala faedah iaitu apa yang boleh membuatkan pelanggan gembira jika mereka membeli produk anda. Antara contoh faedah ialah

  • Jimat wang.
  • Jana pendapatan lebih
  • Membuatkan hidup lebih mudah.
  • Menjadikan diri mereka lebih menarik, cantik , kurus, dan sebagainya.

2.    Tulis sebagai pembaca. Ketika menulis surat jualan, anda letakkan diri anda sebagai pembaca surat jualan iaitu pelanggan. Apa yang diri anda sebagai pelanggan mahukan, anda masukkan di dalam surat jualan. Tenggelamkan diri anda dalam masalah-masalah pelanggan dan wujudkan penyelesaian melalui produk anda. Strategi yang bagus adalah ambik tahu apa yang pelanggan anda sedang usahakan dan tunjukkan pada mereka bahawa produk anda mampu membantu mereka untuk melakukannya dengan lebih baik.

3.    Takutkan pelanggan. Surat jualan anda akan lebih efektif jika anda masukkan elemen takut untuk tidak membeli produk anda. Ia lebih memberi impak dari menulis sesuatu untuk memaksa orang membeli produk anda. Nyatakan dengan jelas apa yang mereka bakal hilang jika mereka tidak membeli produk dari anda.

4.    Wujudkan pihak ketiga untuk menjadi jurucakap bagi produk anda. Contonya adalah kajian kes bagi keberkesanan produk anda dan testimoni dari pembeli sebelum ini.

5.    Tulis apa yang pelanggan anda mahu anda beritahu pada mereka.

6.    Jadikan ia seperti perbualan. Tanya mereka soalan dan berikan jawapan yang terbaik untuk soalan rekaan anda itu. Perbualan akan menjadikan pembaca untuk terus membaca kerana mereka terasa seperti mereka terlibat dengan produk anda.

Latihan Ketiga : Senaraikan segala faedah yang terdapat dalam produk anda. Dari faedah-faedah tersebut, anda senaraikan apa yang boleh membuatkan pelanggan gembira jika mereka membeli produk anda. Selepas itu , anda senaraikan pula segala rugi yang pelangggan perlu tanggung jika mereka tidak membeli produk anda sekarang.

Popularity: 1%

Related posts:

  1. Bagaimana hendak menulis surat jualan seperti seorang professional?
  2. Kepentingan surat jualan yang efektif untuk perniagaan online.
  3. Bagaimana hendak membentuk minda positif?
  4. Kriteria yang menjadikan surat jualan itu hebat.
  5. Cara Mudah Untuk Menulis Surat Jualan Pertama Anda

No comments yet.

Leave a Comment