1. Lakukan kajian sepenuhnya terhadap produk yang anda hendak tulis.
Jika anda tidak yakin akan kelebihan yang ada pada produk anda, surat jualan anda akan kurang impaknya. Anda perlu yakin akan kelebihan produk anda. Jika ia adalah produk anda sendiri, ia mungkin anda lebih biasa dan yakin. Namun, jika ianya adalah produk affiliate, anda perlulah terlebih dahulu melakukan kajian untutk mendapatkan maklumat yang cukup mengenainya.
2. Belajar perbezaan antara faedah dan apa yang produk itu mampu lakukan.
Soalan pertama yang akan muncul di dalam minda pelanggan adalah apa yang produk ini boleh lakukan pada mereka? Apa faedah yang mereka akan dapat jika mereka membeli produk dari anda? Mereka lebih ligat berfikir untuk mengetahui apa yang produk anda mampu berikan pada mereka berbanding apa yang produk tersebut mampu lakukan.
Contohnya televisyen membolehkan anda untuk menonton rancangan-rancangan yang menarik. Namun, mereka tidak terpikat dengan apa tugas televisyen tetapi mereka lebih terpikat untuk mengetahui faedah televisyen kepada mereka. Adakah produk anda akan menjadikan mereka lebih kaya, lebih kacak, lebih cantik, lebih kurus, lebih tenang dan sebagainya.
Berikut adalah contoh bagi produk IM
Produk = Internet Marketing
Apa yang produk ini mampu lakukan = bekerja di rumah.
Kelebihan produk ini = masa kerja yang fleksibel dan membolahkan anda meruangkan lebih masa untuk bersama anak-anak.
Anda perlu pikat pengguna melalui kelebihan produk berdasarkan apa yang produk anda mampu lakukan.
3. Latihan membentuk kesempurnaan.
Surat jualan yang hebat tidak terjadi dalam masa satu malam. Ia perlukan masa dan pengalaman. Setiap hari, anda cuba tulis surat jualan untuk produk anda atau untuk produk affiliate. Asah bakat anda pada setiap hari.
4. Biasakan diri untuk edit surat jualan yang anda tulis.
Baca berulang kali dan cuba cari kesalahan yang ada pada surat jualan anda. Jadi jujur pada diri sendiri. Setiap ayat dan ungkapan yang anda tulis perlulah ada tujuan. Jika anda nampak apa-apa kesalahan yang ada pada surat jualan anda, jangan halang diri anda dari delete tulisan tersebut.
5. Tingkatkan kredibiliti surat jualan anda.
Berikut adalah beberapa cara untuk meningkatkan kredibilit surat jualan anda
• Testimoni yang berkualiti tinggi dan benar.
• Masukkan kes study bagi produk anda untuk membuktikan kelebihan bagi produk anda.
• Masukkan bonus bagi pembelian produk anda
• Jaminan wang di kembalikan.
6. Bayangkan bakal pelanggan anda.
Surat jualan haruslah berbentuk peribadi untuk memberi tanggapan yang baik kepada pembaca surat jualan. Intonasi dan penggunaan ayat haruslah seperti anda sedang bercakap secara berhadapan dengan pelanggan. Selain itu, anda harus dapat membayangkan jenis emosi yang ada pada manusia yang akan membaca surat jualan anda. Anda perlu bayangkan prospek pelanggan anda.
Sebagai panduan, anda tanya soalan berikut pada diri anda
- Berapa umur pelanggan anda?
- Adakah mereka bekerja?
- Apa yang mereka lakukan?
- Adakah mereka lelaki atau perempuan?
- Barapa banyak masa mereka akan online?
- Berapa pendapatan mereka?
- Tahap pelajaran mereka?
- Apa yang mereka lakukan untuk meluangkan masa.
- Berapa ramai anak mereka ada? Berapa umur anak-anak mereka ?
- Adakah mereka mempunyai rumah sendiri?
- Adakah mereka mempunyai halaman rumah yang luas.
Ia hanyalah soalan contoh sahaja. Anda boleh cetuskan soalan yang releven dengan produk anda sahaja. Luangkan masa untuk mengetahui latar belakang pelanggan anda.
Latihan kedua : Ambik tahu target pasaran anda dan tulis secara lengkap mengenai latar belakang pelanggan anda. Gunakan imaginasi dan lakukan pembacaan tambahan jika buntu.
Popularity: 1%
Related posts:

artikel yg bagus.harap lebih ramai yg meyumbang