Bagaimana Menjadi Seorang Usahawan Internet Yang Berjaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera, sedikit perkongsian daripada saya untuk warga wc tentang pengalaman saya memulakan perniagaan internet.

Teringat lagi ketika saya berazam ingin memulakan perniagaan internet pada tahun 2006. Dimana saya memberikan servis reka bentuk e-cover serta membina laman web untuk pelanggan. Saya langsung tidak menekankan kepentingan pelanggan saya (customer support). Apa yang saya fikirkan ialah keuntungan yang bakal saya dapat.

Akhirnya, anda tahu apa yang terjadi? Perniagaan saya semakin merudum dan akhirnya saya tidak lagi dapat pelanggan pada bulan seterusnya. Saya berasa pelik mengapa perkara ini boleh terjadi, sedangkan segala design semuanya disiapkan pada masa yang tepat.

Setelah mengambil masa berbulan-bulan mengkaji apakah punca utama akhirnya saya sedar bahawa setiap kali pelanggan ingin menggunakan servis saya, saya mengenakan caj yang “tak masuk akal”. Malah saya suruh mereka bayar dulu baru saya akan mula membuat design. Saya juga tidak menunjukkan portfolio saya sebelum ini kerana apa yang saya mahu ialah “duit” daripada mereka dahulu. Senang cerita, saya jadi “hamba kepada duit”. Ketamakan saya menjadi punca perniagaan saya jatuh.

Namun, itu adalah cerita lalu dimana kini saya menjadikannya sebagai pengajaran setiap kali melakukan urusan perniagaan. Saya akan mengutamakan kepentingan pelanggan dan kualiti perkhidmatan dahulu. Selepas itu barulah pembayaran dilakukan. Dengan cara ini, hati saya lebih tenang dan gembira apabila melihat pelanggan saya berpuas hati dengan servis yang saya berikan.

Jadi, saya harap anda dapat pengajaran daripada kisah saya ini. Jadilah seorang yang suka memberi, bukan menerima. Percayalah, semakin banyak anda berikan kebaikan kepada orang sekeliling anda, semakin banyak rezeki yang bakal terima. Ingatlah, Allah S.W.T maha adil.

Popularity: 1%

Related posts:

  1. Adakah anda seorang yang berfikiran positif?
  2. Perniagaan Internet: Jutawan Internet Rahsia internet Malaysia
  3. Bagaimana untuk menjadi ibu bapa yang cemerlang?
  4. Kebaikan Pemasaran Emel
  5. Berhati-hati jika anda membeli belah seorang diri

No comments yet.

Leave a Comment