Clickbank Science

Salam.. Clickbank science? apebenda ni? huhu~ agak keterlaluan ke tajuk ni? Tapi tulah pendapat saya mengenai Clickbank ni. Memang banyak kajian yang kita kena buat kalau nak main Clickbank, tak boleh main belasah je macam makan nasi. Sebabnya kalau silap strategi atau silap target alamat kelautlah usaha yang kita buat selama ni. Jadi sebab tulah saya letak tajuk untuk post kali ni Clickbank science.


Clickbank menuntut seribu satu macam usaha dan research untuk kita betul-betul faham dan seterusnya dapat buat jualan dengannya. Selain usaha, masa juga merupakan modal berharga yang perlu kita laburkan untuk mendominasinya. Bermula dari hungry crowd research,keyword research, product research, seterusnya mengoptimasikan laman web a.k.a landing page/site/blog kita untuk berada pada 1st page Google adalah antara cabaran yang perlu kita tempuh.

Untuk merealisasikan semua ni masa dan usaha berterusan sangat perlu. Untuk contoh pertama hungry crowd misalnya, kita perlu cari mereka yang betul-betul memerlukan produk yang kita nak promot. Dengan kajian yang betul, langkah pertama ni sebenarnya sangat membantu kita untuk mendapatkan jualan di Clickbank. Walau produk yang kita nak promot tu tak seberapa, tapi kalau kita dapat sasarkan kepada targetted aundience a.k.a hungry crowd ni, peluang untuk buat jualan memang cerah. Dalam situasi ni bukan produk yang penting tapi siapa yang datang dulu yang penting (SEO).

Kedua, keyword research. Ini pun antara faktor terpenting samada kita mampu membuat jualan atau tak. Tanpa keyword research yang betul, site kita tidak akan dapat dijumpai oleh sesiapa seterusnya tiada jualan berjaya dibuat. Contohnya jika kita mempromosikan ebook ‘make money online’. Kita perlu pastikan keyword ‘make money online’ yang akan kita target ke landing page kita. Ini kerana mereka yang mencari cara untuk buat duit di internet akan menaip keyword ni kat search box Google. Jadi jika keyword yang kita targetkan tepat, tak mustahil landing page kita yang akan dijumpai oleh mereka.

Seterusnya product research. Saya rasa berdasarkan dua kajian diatas tugas untuk mencari produk kini adalah lebih mudah. Sebabnya kita dah ada hungry crowd yang mana mereka ni adalah target audience kita untuk jual produk yang ingin kita promot. Jadi tugas kita sekarang adalah untuk mencari produk yang sama dengan hasil kajian kita pada awalnya. Seterusnya promosikan mengikut strategi yang telah dirancangkan.

Akhir sekali ialah SEO atau Search Engine Optimization. Bagi saya SEO merupakan antara yang paling memakan masa. SEO tebahagi kepada dua bahagian penting iaitu on page optimization dan off page optimization. On page tidak sesukar mana, tapi off page akan memerlukan kita mengorbankan sejumlah masa yang sangat banyak dalam usaha menempatkan site di kedudukan no.1 di Google dan off page adalah penyumbang terbesar samaada kita mampu berada pada kedudukan no.1 atau tak.

Selain SEO satu lagi kaedah yang berkesan untuk membuat jualan adalah PPC atau Pay Per Click. PPC adalah kaedah pengiklanan yang sangat popular di Google. Cara ini adalah lebih pantas berbanding SEO. Tapi cara ni memerlukan kita mengeluarkan modal untuk membuat pengiklanan berbanding teknik SEO yang percuma.

Popularity: 1%

Related posts:

  1. Buat Duit Dengan Blog
  2. Mendidik anak kecik secara “self-discovery”
  3. Tips Natural Untuk Kurangkan Jerawat
  4. Caffeine dan Anda
  5. Kebaikan Pemasaran Emel

No comments yet.

Leave a Comment