Kuasa penggunaan perkataan yang berimpak tinggi.

Apa sahaja produk yang anda promosikan, penggunaan perkataan atau ungkapan tertentu boleh membantu untuk meningkatkan kualiti surat jualan anda. Tarik perhatian pembaca surat jualan melalui keghairahan terhadap produk anda. Gunakan perkataan-perkataan yang positif untuk menggambarkan produk anda. Penggunaan perkataan negatif adalah hanya ketika anda menulis kerugian yang perlu di tanggung oleh pembaca kerana tidak membeli produk yang anda jual.

Contoh perkataan berimpak tinggi adalah.

  • Peluang
  • Seumur hidup
  • Terbukti
  • Segera
  • Esok di jamin berkesan.
  • Jaminan 100 percent
  • Berjaya
  • Eksklusif

Penggunaan kata ganti nama.

Kelebihan menggunakan kata ganti nama saya adalah ia boleh mewujudkan hubungan peribadi antara anda dan pembaca anda. Ia memberi tanggapan yang anda sedang bercerita mewakili diri sendiri. Ia akan membuatkan pembaca untuk lebih percaya dan gembira untuk membaca surat jualan anda sehingga habis.

Namun,  kebanyakan copywriter menganggap penggunaan perkataan anda juga memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan surat jualan yang bagus. Ini keranan perkataan anda bermakna anda sedang memberitahu sesuatu kepada si pembaca. Lalu, pembaca akan lebih fokus atas apa yang mereka baca.

Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan saya dan anda amat penting dalam penulisan surat jualan. Anda gunakan kata ganti nama saya untuk menceritakan situasi dan perkataan anda untuk memberitahu sesuatu kepada si pembaca.

Pikat hati pembaca untuk terus membaca,

Kebanyakan pengguna internet akan terus membaca surat jualan anda jika mereka tertarik dengan headline anda. Namun, jika perenggan pertama tidak sama dengan headline anda, mereka akan berhenti membaca kerana mereka sudah hilang minat untuk membaca sesuatu yang mereka tidak mahu dengar atau tahu.

Berikut adalah antara perkataan yang anda boleh guna di dalam headline untuk memastikan pembaca untuk terus membaca perenggan seterusnya.

  • Anda
  • Baru
  • Bagaimana.

Pembaca selalunya tertarik pada headlines yang agak misteri iaitu membuatkan si pembaca teruja dan tertanya-tanya. Bila pembaca sudah tertarik dengan headline anda, mereka akan membaca ayat pertama di perenggan pertama. Jadi, ayat pertama anda haruslah sambungan kepada headlines anda. Manusia tidak suka berteka teki, mereka mahukan jawapan dengan pantas. Jadi, anda beri sahaja jawapan yang mereka mahu pada perenggan pertama.

Jika pembaca berhenti baca di perenggan pertama, ia tidak mengapa kerana matlamat anda untuk memberitahu kepada pembaca mengenai produk anda sudah tercapai. Lagipun anda mahu menjual barang bukannya mahu mereka membaca surat jualan anda dan akhirnya tidak membeli.

Latihan keempat : buat latihan untuk menulis headline yang menarik. Pilih satu produk atau produk anda sendiri, tulis berbagai headline.

Popularity: 1%

Related posts:

  1. Bagaimana hendak memotivasikan orang untuk membeli?
  2. Kriteria yang menjadikan surat jualan itu hebat.
  3. Kepentingan surat jualan yang efektif untuk perniagaan online.
  4. Bagaimana hendak menulis surat jualan seperti seorang professional?
  5. Cara Mudah Untuk Menulis Surat Jualan Pertama Anda

No comments yet.

Leave a Comment