Pakar yang saya maksudkan kat sini tak kiralah pakar dari segi apa pun, pakar masak, pakar motivasi, pakar perniagaan internet dan sebagainya. Persoalannya susah ke nak jadi pakar ni? Apa yang perlu kita ada untuk jadi pakar? Best sangat ke jadi pakar? Apa kelebihan jadi pakar? Baiklah dalam post kali ni saya akan membebel sikit mengenai ni.
1) Apa harus ada untuk jadi pakar?
Yang pertama sekali tak lain dan tak bukan adalah ilmu pengetahuan. Hanya ilmu sahaja yang membezakan antara pakar dengan tidak. Selalunya pakar akan banyak membaca mengenai topik yang mereka minat. Ini secara tak langsung akan menambahkan ilmu pengetahun dalam diri mereka. Dari sinilah mereka akan membina sedikit demi sedikit kepakaran itu. Azizi Ali sendiri (jutawan hartanah) telah membaca lebih kurang 800 buah buku tentang bidang yang beliau minat dan ketika jari saya tengah menekan-nekan keyboard ni mungkin beliau telah membaca buku yang ke-900!
Dalam buku terbaru beliau, ‘Jalan Pintas Kekayaan’ yang menceritakan bagaimana untuk buat duit dengan pemasaran informasi (saya suka betul buku ni) beliau ada mengatakan untuk menjadi pakar mini, sekurang-kurangnya anda perlu membaca 50 buah buku. Bayangkan berapa banyak bukukah yang perlu dibaca untuk jadi pakar terulung? Tapi anda tidak perlu tergesa-gesa, bukan jumlah buku yang penting, tapi apa yang dapat dipelajari dalam buku itu adalah perkara utama.
Untuk mendapatkan ilmu juga tidak semestinya dengan membaca. Bersembang, mengorat, menghadiri seminar, menonton video juga adalah langkah yang baik bagi menambahkan ilmu. Pokok pangkalnya diri kita sendiri, sejauh mana usaha kita untuk mngembang dan memperluaskan ilmu pengetahuan yang sedia ada. Bertitik tolak dari sinilah lama kelamaan kita akan menjadi pakar dalam bidang yang kita minat.
2) Bagaimana nak bermula?
Bermulalah dengan membaca tentang perkara yang anda minat. Kaji diri anda sendiri apakah yang anda minat? Apakah tajuk yang sering mendapat perhatian anda? Dengan mula membaca perkara yang anda minat, perkara ini tak akan membebankan, malah ianya menyeronokkan. Anda mungkin minat bermain bola sepak, masak, tidur, memancing dan sebagainya. Cari satu topik yang anda minat.
3) Kelebihan
Banyak kelebihan yang anda perolehi sekiranya anda dilihat sebagai seorang pakar, apatah lagi jika anda pakar yang terunggul (ingat 800 biji buku). Ini adalah kerana pakar sering dipandang tinggi oleh awek masyarakat, bukanlah maksud saya disini untuk anda mendabik dada atau bermegah-megah, tapi dengan keadaan ini akan memberi banyak kelebihan buat anda.
Segala pandangan dan idea anda pasti tidak akan dipandang sepi oleh mereka yang sama bidang dengan anda. Anda akan dijadikan rujukan bagi sesuatu masalah dan jika anda dapat menyelesaikannya bertambah lagi reputasi anda. Ini juga adalah peluang keemasan untuk anda menghasilkan keuntungan. Mungkin anda boleh mengeluarkan produk informasi seperti ebook, seminar, program kejurulatihan dan sebagainya.
Sebenarnya bila anda sudah mencapai tahap ini, anda tidak perlu untuk mengajar mereka menyertai anda, sebaliknya mereka sendiri yang akan bertanyakan anda samada anda ada menjual buku, menganjurkan seminar dan lain-lain. Lihat betapa hebatnya apabila menjadi seorang pakar. Irfan Khairi sendiri menganjurkan seminar setiap bulan yang berharga RM990 untuk satu hari. Walau harganya mungkin agak mahal bagi kebanyakkan orang, tapi untuk mereka yang betul-betul memerlukan, jumlah tersebut adalah sangat sedikit jika dibandingkan dengan ilmu yang bakal mereka dapat dalam seminar tersebut. Semuanya kerana Irfan Khairi pakar dalam bidang tersebut!
Jadi kesimpulan untuk post kali ni adalah timbalah ilmu selagi anda mampu. Dengan ilmu anda akan dilihat sebagai pakar dalam bidang anda dan terlalu banyak kelebihan jika anda berjaya sampai ketahap itu. Tidak ada seorang pun yang malas membaca saya rasa, cuma yang membezakan kita mungkin tidak menjumpai bahan bacaan yang betul-betul kita minat. Sekian, Wassalam..
Popularity: 1%
Related posts:
