Shell FuelSave benar-benar jimat

SHELL Malaysia memperkenalkan formula penjimatan petrol tanpa plumbum terbarunya, ‘Shell FuelSave Unleaded’ yang dirumus khas untuk membantu pemandu menjimatkan sehingga satu liter dengan setiap tangki penuh.

Formula terbaru itu kini boleh didapati dalam petrol tanpa plumbum RON95 dan RON97 di seluruh negara selepas dilancarkan, minggu lalu.

Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Datuk Mohzani Abdul Wahab, berkata Malaysia adalah negara pertama di Asia dan ketiga di dunia memperkenalkan petrol dengan rumusan terbaru.

“Petrol dirumuskan khusus untuk petrol tanpa plumbum, RON 95 dan RON 97 bagi memberikan penjimatan sehingga seliter petrol bagi setiap 50 liter isian bahan api itu.

“Pengguna di semenanjung kini boleh merasai sendiri formula terbaru kami manakala bagi pelanggan di Sabah dan Sarawak, rumusan Shell FuelSave hanya akan dinikmati menjelang akhir tahun,” katanya.

Katanya, kelewatan itu disebabkan syarikat perlu meningkatkan infrastruktur lebih 150 stesen Shell di kedua-dua negeri itu secara berperingkat.

“Dengan pelancaran produk terbaru ini, saya yakin pelancaran petrol baru itu akan mengukuhkan penguasaan pasaran Shell di negara ini.

“Sekarang adalah peluang terbaik untuk meningkatkan penguasaan pasaran, lebih-lebih lagi ketika ekonomi semakin baik dan terdapat peningkatan dalam jualan kenderaan,” katanya.

Terdahulu, Petrol Shell FuelSave dirumus khas memberikan penjimatan sehingga seliter petrol bagi isian penuh tangki kenderaan menerusi penggunaan minyak yang efektif dengan mengurangkan kehilangan tenaga daripada enjin.

Ia juga memberikan tambah nilai kepada wang pengguna apabila berupaya bertindak sebagai pelincir di bahagian silinder dengan meresap ke bahagian sukar dicapai minyak konvensional lain.

Sementara itu, Pengurus Minyak Asia Pasifik Shell Global Solutions, Eric G Holthusen, berkata Shell FuelSave Unleaded baru mempunyai kualiti pembakaran dipertingkat sehingga dua kali lebih cekap berbanding Fuel Economy sebelumnya.

Popularity: 1%

Related posts:

  1. ML350 lebih macho
  2. Anugerah Shah Rukh Khan layak atau tidak?
  3. Adakah warisan melayu akan hilang?
  4. Merokok, Gaya Hidup; Punca Mati Muda
  5. Motivasi dari pandangan amzzah naseehah

No comments yet.

Leave a Comment