Thumbdrive review untuk pembeli

Thumbdrive atau pendrive kini telah menjadi semakin popular kerana ramai orang sudah mengenali fungsi pengunaannya. Gadget ini mudah di dapati di mana-mana sahaja, dan promosi yang sering kali di lakukan oleh penjual-penjual gadget ini. Bagi seseorang yang sudah biasa mengunakan cd atau disket, mereka mungkin sudah beralih kepada gadget ini, kerana mereka lebih mengetahui yang mana mudah digunakan dan mudah di bawa kemana sahaja.

Ada pelbagai jenis pendrive atau thumbdrive yang boleh didapati, sehingga menyukarkan seseorang untuk memilih yang mana sesuai untuk mereka. Sesetengah orang memandang rupa atau reka bentuk luaran adalah penting bagi mereka, dan ada juga yang memilih warna tertentu untuk gadget pendrive ini. Kebiasaannya, para wanita lebih senang memilih warna merah jambu dan sesetengah orang lebih suka design yang lebih nampak ceria.

Memilih pendrive atau thumbdrive bukannya sahaja memandang di luaran sahaja. Anda juga haruslah memandang kemudahan sesuatu pendrive itu, contoh mempunyai penutup yang di sambung ke badan peranti tersebut. Ini dapat mengelakkan penutup pendrive itu hilang.

Pada masa kini, anda mampu memiliki thumbdrive 16 GB dengan harga kurang daripada RM150, ini memang dapat banyak membantu anda di dalam kerja seharian.

Selain itu, terdapat kereta tempatan yang menyediakan slot thumbdrive untuk membantu anda dengar muzik yang anda simpan di thumbdrive anda. Jadi, pengunaan thumdrive tidak terhad kepada menyimpan file yang penting sahaja, tetapi anda juga boleh menyimpan gambar, lagu, games, dan macam-macam lagi.

 

Popularity: 1%

Related posts:

  1. Ingin menghiaskan bilik anak anda?
  2. Membina backlink untuk website baru anda
  3. Tips untuk membuat “Open House” dan parti.
  4. 3 cara untuk merendahkan tekanan darah.
  5. Kenapa Kucing Mencakar, Dan Cara Untuk Mengelakkan Mencakar?

No comments yet.

Leave a Comment