Kenal 8 denai di Bukit Fraser?
View PDF | Print View
by: Pengumpul
Total views: 8
Word Count: 496
Date: Sat, 17 Jul 2010 Time: 3:39 AM
0 comments
Anda gemar aktiviti lasak merentas hutan, memanjat bukit, meredah lorong becak, berlopak dan sempit, menyusuri lereng bukit 45 darjah dan berisiko digigit pacat, ayuh! panjangkan langkah anda merentas denai di pusat peranginan tanah tinggi, Bukit Fraser, Pahang. Denai itu boleh anda terokai sepuasnya, tetapi harus diingat, ia penuh dengan 'terma dan syarat' yang sangat penting untuk dipatuhi dan diikuti. Anda juga dinasihatkan tidak melanggar pantang larangnya.
Paling penting dan tidak boleh dilupa, mereka yang memasuki hutan perlu memaklumkan kepada balai polis dan hotel penginapan serta membawa telefon bimbit bagi memudahkan perhubungan jika berlaku kecemasan. Anda digalakkan berjalan secara berkumpulan supaya tidak sesat dan jangan terlalu ghairah melakukan aktiviti merentas hutan itu.
Jika penat, anda boleh berehat di beberapa pondok yang dibina secara konkrit dan sesekali digunakan untuk 'mengintai' burung yang hadir di kawasan itu. Ada di antara wakaf menyediakan infomasi mengenai unggas, pelbagai spesies flora dan fauna yang boleh ditemui di situ.
Bagi pencinta alam, anda pasti terpesona dengan kepelbagaian flora dan fauna apatah lagi suhu sekitar 20 hingga 23 darjah Celsius menjadikan denai di Bukit Fraser popular di kalangan penggemar aktiviti lasak. Penggemar aktiviti lasak pasti teruja mencabar keupayaan merentas lapan denai yang memiliki sejarahnya sendiri selepas ditinggalkan 'penemunya' Louis James Fraser yang juga seorang pengembara Scotland sekitar 1890-an.
Lapan laluan merentas hutan yang menanti penggemar aktiviti lasak di Bukit Fraser iaitu di The Bishop Trail dengan jarak 1,500 meter, The Rompin Trail (500m), The Kindersley Trail (750m), The Maxwell Trail (1,800m), The Hemmant Trail (1,000m), The Abu Suradi Trail (500m), The Mager Trail (1,000m) dan The PineTreeTrail (5,000m).
Walaupun terlalu teruja dengan keindahan Bukit Fraser, elak membawa pulang sebarang bentuk pokok, akar, daun, ranting, bunga dan buah yang ditemui. Anda cuma dibenarkan menyentuh, memegang, mencium dan merasainya. Jika bernasib baik, anda boleh menemui spesies flora dan fauna yang 'pelik' dan tidak ditemui di mana-mana.
Denai paling popular, The Hemmant Trail menjadi pilihan kerana terletak paling hampir dengan pekan Bukit Fraser. Anda turut berpeluang melihat bekas pusat komunikasi tinggalan tentera Jepun di Tanah Melayu ketika Perang Dunia Kedua dulu. Merentas denai sepanjang 1,000 meter ini memberi peluang anda 'mengintai' kedudukan padang golf sembilan lubang yang dibina mengikut 'acuan' Frank Hemmant pada 1918.
Denai Abu Suradi memiliki keistimewaannya tersendiri. Ia menawarkan pelbagai jenis bunga yang tidak ditemui di denai lain.
Denai Pokok Pine lebih mencabar dan terletak 1,505 meter dari aras laut bagi membolehkan anda melihat pemandangan mempesonakan Banjaran Titiwangsa.
Denai Mager sepanjang 1,800 meter pula diberi gelaran bagi memperingati jurutera Public Work Department Pahang, ketika itu FW Mager yang gigih membina Jalan Gap bermula 1918 dan siap tiga tahun kemudian.
Denai Rompin hanya dibuka lewat 1980-an bertujuan memberi kemudahan penduduk rumah pangsa Taman Sungai Hijau berulang alik ke pusat bandar, malah denai ini dapat memendekkan separuh daripada masa perjalanan ketika itu.
Bagi anda yang pertama kali ke Bukit Fraser, terokailah denai di sini sambil menikmati alam semula jadi sepuas hati.
Sponsored Links: Blog Malaysia Mencari Niche Panduan Belajar Cpanel Panduan Raja Adsense
About the Author
Rujukan daripada MyMetro Online. Bukit Fraser diuruskan Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser (PKBF) dan boleh dihubungi di talian 09-5171623/24 atau Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) 09-5161007.
Latest articles from Pengumpul
1: Nasihat Rasulullah ketika Menyambut Bulan Ramadhan2: Kenali Erti Maruah
3: Minyak Naik, Gula Naik
4: Millatfacebook vs Facebook
5: Kasut Crocs dan Kalimah Allah
Top Five popular articles about Mengembara dan Waktu Lapang
1: Lazatnya menu Bagan Lalang2: 10 Cara Terbaik Membesarkan Anak Kucing Anda
3: Teluk Batik tempat Riadah
4: Jadikan masjid destinasi pelancongan
5: Kenapa Kucing Mencakar, Dan Cara Untuk Mengelakkan Mencakar?



