koleksiartikel.com - Artikel yang menarik untuk anda

Welcome Guest

Search:

Home » Mengembara-and-waktu-lapang » Kenapa Kucing Mencakar, Dan Cara Untuk Mengelakkan Mencakar?

Kenapa Kucing Mencakar, Dan Cara Untuk Mengelakkan Mencakar?

Avatar:

View PDF | Print View
by: elfreakz
Total views: 14
Word Count: 293

 

Samada kucing itu kucing liar, kucing yang berkeliaran di luar rumah, atau pun kucing belaan di dalam rumah – tabiat mencakar pada seekor kucing adalah normal. Ada beberapa sebab mengapa kucing mencakar:

1.Kucing mencakar untuk menajamkan kuku mereka. Kuku merupakan satu aset penting untuk kucing mengawal keselamatan diri. Selain untuk, disebabkan kucing merupakan haiwan yang suka memanjang, maka mereka memerlukan kuku yang panjang dan tajam untuk mengawal pergerakkan.

2.Kucing mencakar untuk menunjukkan diri mereka kuat. Kucing merupakan haiwan yang “independent”, maksudnya, kucing lebih suka bersendirian daripada berkelompok. Dengan ada nya kuku yang tajam, ini boleh melemahkan musuh.

3.Mencakar juga pada kucing adalah satu senaman tapak kaki dan kaki.

4.Mencakar sesuatu kawasan bermaksud – “ini adalah kawasan jajahan saya”. Sepertimana yang saya sebut tadi – kucing suka bersendirian, maka secara lumrahnya, kucing akan mencari satu tempat yang akan di jadikan jajahan mereka. Ini sering terjadi pada kucing jantan.

5.Mencakar untuk meluahkan rasa marah dan stress.

Daripada 5 sebab mengapa kucing mencakar diatas, isu ini sering di pertikaian oleh pengemar kucing yang membela kucing di dalam rumah. “Indoor cat” atau kucing rumah sering mencakar barang barang kita, seperti sofa, tikar, perabot, langsir, dan lain lain. Maka adalah penting bagi empunya kucing untuk menyediakan alat tempat mencakar seperti, “scratching post” yang ada di jual di kedai-kedai haiwan, kayu, atau pun kotak. Letakkan scratching post ini berdekatan dengan barang kepunyaan anda yang sering di cakar.

Anda juga perlu perhatian gerak geri kucing anda. Jika ternampak mereka akan memulakan aktiviti mencakar, alih kan mereka dari kawasan itu. Dan letakkan mereka berdekatan dengan scratching post. Mengajar seseekor kucing bukan lah mudah. Anda perlu bersabar.

Selain itu, untuk mengelakkan aktiviti mencakar ini, anda boleh memotong kuku kucing anda. Ini dinama kan proses “nails clipping”. Anda perlu memotong bahagian yang tajam (hujung kuku) sahaja. Ingat, jangan potong semua kuku!

About the Author

www.thecatzine.com


Rating: Not yet rated

Comments

No comments posted.

Add Comment

You do not have permission to comment. If you log in, you may be able to comment.