koleksiartikel.com - Artikel yang menarik untuk anda

Welcome Guest

Search:

Home » Motivasi-and-pembangunan-diri » Tahun 2008, Tahun Kejayaan!

Tahun 2008, Tahun Kejayaan!

Avatar:

View PDF | Print View
by: Norakmal Jasni
Total views: 122
Word Count: 235

 

Tahun baru bakal menjelma lagi. Ketika ini, tinggal lagi kurang 5 hari menuju ke 1 Januari 2008. Pada waktu inilah, ramai orang mula memikirkan tentang azam baru.

Inilah masa yang paling sesuai untuk kita semua menganalisa kembali akan pencapaian masing-masing sepanjang tahun 2007. Analisa semula sama ada semua yang anda impikan mulai 1 Januari 2007 sudah membuahkan hasil. Adakah ia sudah tercapai? Sekiranya YA, bersyukur ke hadrat Illahi atas semua nikmat yang membolehkan anda mencapai target anda. Syukur Alhamdulillah.

Kini, telah tiba masa untuk anda merangka pelan bagi tahun 2008. Apa yang anda mahu capai? Apa yang anda mahu kecapi pada tahun 2008 ini?

Dalam pada cuba menetapkan matlamat, banyak perkara perlu anda berikan perhatian. Perkara-perkara yang tertera di bawah mungkin akan memudahkan anda menganalisa senarai perkara yang mahu anda capai pada 2008.

  • Apa yang anda mahu dalam hidup anda? Apakah yang memberikan kepuasan dalam diri anda?
  • Apa yang anda mahukan pada hujung tahun 2008?
  • Apakah matlamat anda dalam perihal kesihatan bagi tahun 2008?
  • Bagaimana pula pengurusan kewangan anda? Ada apa-apa yang mahu di perbaiki.
  • Mungkin anda mahu tambah aset peribadi?

Dengan mula melakarkan matlamat 2008 anda, anda telah tergolong di antara 3% orang yang berjaya di dunia. Percaya pada diri anda, dan sentiasa berusaha menggapai impian anda.

Salam Kejayaan Untuk Anda Semua

About the Author

Norakmal Jasni aka Dik Mal merupakan seorang penulis bebas dan mengkhusus di dalam bidang pembangunan diri, motivasi dan kecemerlangan minda. Lawati blog Motivasi Kejayaan hari ini juga.


Rating: Not yet rated

Comments

No comments posted.

Add Comment

You do not have permission to comment. If you log in, you may be able to comment.