PCOS atau Polycystic Ovarian Syndrome (Sindrom Ovari Berpolisistik) ialah salah satu masalah kesihatan wanita. Ia turut dikenali sebagai Stein-Leventhal Syndrome.
Setiap wanita mempunyai sepasang ovari yang merupakan organ pembiakan utama wanita. Ia terletak pada bahagian pelvis seseorang wanita. Ovari berfungsi untuk mengeluarkan sel telur yang turut dikenali sebagai ova. Ia turut menghasilkan hormon seperti estrogen dan progesteron. Sekiranya ovari mengeluarkan sel-sel telur yang berlebihan pada sesuatu masa, telur-telur ini boleh bertukar menjadi sista yang menyebabkan pembengkakan ovari. Sista-sista ini boleh mengakibatkan PCOS. PCOS boleh mempengaruhi hormon-hormon, kitaran haid, tahap kesuburan, jantung, saluran darah, penghasilan insulin oleh pankreas, dan rupa fizikal seseorang penghidap.
Ciri-ciri wanita yang menghidapi PCOS adalah mempunyai tahap hormon lelaki iaitu androgen yang tinggi, kitaran haid yang tidak teratur, keguguran rambut yang menyebabkan kebotakan, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. PCOS boleh juga mengakibatkan ketidaksuburan dan ia merupakan masalah paling biasa dihadapi oleh wanita yang ingin menimang cahaya mata. Wanita yang menghidap PCOS turut berisiko tinggi untuk mendapat serangan jantung pra-matang dan masalah kardiovaskular yang lain.
PCOS adalah sejenis sindrom dan bukannya penyakit kerana ia mempunyai pelbagai petanda dan simptom. PCOS juga dipercayai diwarisi dari keturunan.
Simptom-simptom PCOS termasuklah ketidaksuburan, pertumbuhan bulu yang berlebihan pada muka, belakang atau perut, kegemukan, apnea tidur, kebotakan dan sebagainya.
PCOS boleh dikawal dengan pengambilan ubat pencegah kehamilan, ubat diabetes atau ubat kesuburan. Ubat pencegah kehamilan adalah kaedah rawatan paling biasa disarankan oleh doktor namun ia tidak dapat menyembuhkan PCOS.
Untuk maklumat lanjut mengenai PCOS dan tiga langkah mudah untuk mengatasi PCOS sila kunjungi Malaysia PCOS Information Center.
Popularity: 1%
Related posts:
