Tahukah anda, anda tidak perlu membeli produk kecantikan yang mahal-mahal atau melaburkan sejumlah wang yang besar untuk pembedahan demi tampil cantik dan awet muda. Begitu juga pengunaan terlalu banyak produk atau rawatan kecantikan, kadang-kadang ia akan memburukkan lagi keadaan anda.
Tanpa produk atau rawatan yang mahal sekali pun anda masih boleh memperoleh kulit wajah yang sedar dan muda. Langkah-langkah di bawah di sarankan dapat membantu anda memelihara aset diri yang paling berharga.
Langkah 1 – Lindungi diri dari matahari.
Lindungi diri dengan pelindung matahari, tidak dinafikan ia merupakan sejenis produk tetapi harganya agak berpatutan. Gunakan setiap hari, malah pastikan juga bahan solekan anda mengandungi bahan pelindung matahari atau sekurang-kurangnya SPF1. Bagi berambut pendek, sapu rata bahan pelindung matahari di sekitar leher, tengkuk dan telinga.
Langkah 2 – Hirup udara segar.
Menatap komputer sepanjang hari di bawah sinar lampu kalimantang boleh membuatkan wajah anda pucat. Bagaimana menanganinya? tidak perlu mendapatkan rawatan yang mahal hanya ambil masa beberapa minit keluar dari pejabat untuk mendapatkan udara segar dari luar. Ia dapat mengembalikan kesegaran kulit.
Langkah 3 – Makan ikan dan kekacang.
Kolagen semula jadi boleh diperolehi dalam makanan yang kaya dengan asid lemak omega 3 seperti ikan, kekacang dan telur dan makanan yang kaya dengan anti oksida seperti sayuran hijau. Makan bergoreng telah membuktikan ia dapat mengurangkan jumlah kolagen. Jadi anda haruslah tahu apa yang perlu anda lakukan, betulkan?
Langkah 4 – Jangan lupa krim anti kedutan.
Jangan lupa oles serum atau krim anti kedut kerana ia dapat menyegarkan wajah yang kusam
Popularity: 1%
Related posts:
