Buah PinggangPada 13-Mac-2008 yang lalu adalah dikenali sebagai Hari Buah Pinggang Sedunia. Arikel kali ini saya ingin mengajak anda untuk mengenali ‘buah pinggang’ anda.
Proses metabolisma di dalam badan berlaku setiap masa. Melalui proses ini, badan akan menyerap segala nutrien yang diperlukan dan mengeluarkan sisa-sisa / toksin yang tidak diperlukan. Buah pinggang berfungsi untuk membantu mengeluarkan sisa-sisa ini melalui pembuangan air kencing dan peluh yang bertujuan mengimbangkan kandungan air, elektrolit nuklear dan keseimbangan pH dalam badan. Mengamalkan minum air kosong dengan kuantiti yang banyak (8 gelas) setiap hari sebenarnya dapat membantu badan mengeluarkan sisa-sisa yang dihasilkan daripada proses metabolisma, mengurangkan keracunan dalam badan dan secara tidak langsung dapat menghindari daripada serangan sakit buah pinggang. Kadar proses metabolisma di dalam badan akan meningkat / lebih aktif sekiranya kita sakit / demam, maka semakin bertambahlah bahan-bahan sisa dan racun-racun dalam badan yang perlu dikeluarkan. Oleh itu, disarankan supaya kita banyakkan mengambil air kosong bagi memudahkan proses perkumuhan.
Kebiasaannya, sakit buah pinggang hanya dapat dikesan ketika dalam keadaan yang telah kritikal. Kenapalah ini boleh berlaku? Sebenarnya, terdapat simptom-simptom tertentu yang menunjukkan buah pinggang seseorang itu bermasalah, namun ianya kurang dititikberatkan kerana tiada kesan luar biasa yang berlaku.
Tanda-tanda Awal Masalah Buah Pinggang?
Bengkak air
Bengkak air dapat dikesan sekirang berlaku kebengkakkan pada bahagian mata dan muka. Kebengkakkan ini hanya berlaku pada sebelah pagi dan kembali normal di sebelah petang. Selain itu, sekiranya seseorang itu berada dalam situasi kepenatan, kebengkakkan ini juga akan bertambah. Bengkak air yang serius akan menunjukkan kesan dimana-mana bahagian pinggang hingga ke kaki seperti kebengkakkan di buku lali. Bengkak air yang berpunca daripada penyakit ginjal akan menunjukkan kesan bengkak di sekeliling mata dan muka pada waktu pagi dan waktu petang ia akan kembali baik. Bengkak air yang teruk akan menyebabkan bengkak dan sakit pada tumit kaki dalaman, kaki dan pinggang.
Keratan Buah PinggangTekanan darah tinggi
Tekanan darah tinggi yang berpunca daripada masalah buah pinggang adalah sama dengan tekanan darah tinggi yang berpunca daripada penyakit lain. Ia mengakibatkan sakit kepala, pening, rabun dan berdengung di telingga. Pemeriksaan tekanan darah secara berkala atau kerap penting untuk memastikan tekanan darah berada di dalam keadaan normal. Ramai orang mengabaikan pemeriksaan ini disebabkan mereka telah lali dengan simptom-simptom seperti di atas dan tidak mengambil tindakan selanjutnya.
Sakit pinggang
Seringkali menghadapi masalah kesakitan di bahagian pinggang secara berkala ataupun berterusan.
Kencing terlalu banyak atau terlalu sedikit
Kuantiti air kencing orang normal adalah antara 1000ml – 2000ml setiap hari dengan puratanya 1500ml setiap hari. Tidak kiralah banyak atau sedikit kencing, ia kemungkinan tanda-tanda masalah buah pinggang. Perlu diambil perhatian, sekiranya seseorang itu kerap membuang air kecil di sebelah malam.
Keputusan ujian air kencing yang tak normal
Sekiranya setelah menjalani pemeriksaan air kencing, ujian mendapati terdapat unsur protein, sel merah, sel putih, bentuk organ dan glukosa di dalam air kencing, seseorang itu dinasihatkan untuk menjalani pemeriksaan yang lebih lanjut.
Popularity: 26%
Related posts:

hi..just wanna ask that..saya rasa saya ada penyakit buah pinggang..this is maybe saya selalu pergi toilet waktu malam utk buang air..dan selalu rasa dahaga during night..sometimes, kalau nak pergi long destinations..saya akan berhenti utk ke tandas..dan agak kerap..and even worse, kalau cuaca sejuk, saya akan lebih kerap utk ke tandas..i’m getting worried..thanks..
salam…saya nak ucapkan trime kasih byk2 sbb bg info ni.. sebenarnya saya memang ada penyakit buah pinggang sejak bulan 10 tahun 2005 sampai la skng ni … saya juga mengalami tanda2 seperti di atas …dan sehingga kini pn saya dapat merasakn kesakitan seperti tanda2 itu lg … saya mengharapkan agar anda semua menjaga kesihatan diri dan mengamalkan pemakanan yg seimbang dlm kehidupan … -THANKZ-
sye slalo skit pinggang n slalu kene bengkak air adakah sye slh seorang pesakit buah pinggang..
ibu saya adalh seorg pengidap sakit buah pinggang. Dia sering juga mengalami kaki bengkak. Ada tak cara atau petua bagaimana nak mengurangkan kaki bengkak?
ibu saya adalah pengidap buah pinggang yg tidak terlalu serius. masih didlm tahap ke 2. Dia juga sering mengalami kaki bengkak. Ada tak cara @ petua utk mengurangkan kaki bengkak itu?
Nasihatkan ibu awak supaya sukat air(jgn minum banyak) dan selalu belunjur……saya dah peringkat 5 ke atas…..
sy juz mau tanya nape ye air kencing sya warna kuning pekat walaupun x mnum air mcm air teh dan kopi.Air kencing saya tak mcm slalu warnanya tak cam biasa?Mahu buang air besar pom susah..