Petua Berhenti Merokok dalamasa 2 bulan

Dulu hj adalah seorang perokok tegar. Alhamdulillah sekarang hj dah berhenti hampir 8 tahun. Dari pengalaman hj, kita hanya perlukan 2 bulan untuk bebas dari rokok.

Dalam sejarah hidup hj, hj pernah mencuba berhenti merokok sebanyak 3 kali.

kali pertama tahan 5 hari
kali kedua tahan 9 bulan
kali ketiga dah bertahan hampir 8 tahun

Petua hj berhenti merokok

1) beritahulah orang yang tersayang contohnya isteri/suami, anak-anak, tunang kerana dalam percubaan berhenti merokok "mood swing" adalah lumrah, memang senang nak marah. Jadi sediakan mereka dengan keadaan ini. Mereka juga boleh memberikan semangat kepada kita.

2) jangan beritahu kawan-kawan perokok kerana mereka secara tidak sedar mahu kita gagal untuk membuktikan bahawa memang susah untuk berhenti merokok. Ini pengalaman hj sendiri dari percubaan kali pertama yang tahan 5 hari, gagal kerana ramai kawan pelawa rokok free.

3) jangan percaya kepada cara berhenti merokok secara berperingkat-peringkat. hj dah cuba berhenti dengan cara beli kotak kecil, tukar brand, tukar rokok menthol dan sebagainya, semuanya karut dan gagal. Ini adalah kerana kita masih lagi merokok. Ini pengalaman hj sendiri dari percubaan kali kedua yang tahan 9 bulan.

4) berhenti secara "cold turkey" i.e. berhenti serta merta dari merokok. Gantikan tabiat memasukkan rokok ke mulut kepada sesuatu yang lain. hj kulum "fisherman’s friend" selama 2 bulan kerana rasanya yang berangin dapat menggantikan rasa gian dan kemaruk hendak merokok. Seeluk-eluknya belilah sugar free agar dapat juga menjaga kesihatan. Jangan takut sekiranya pada mulanya kita mungkin menggunakan dua peket "fisherman’s friend" sehari, dari pengalaman hj tiada mudaratnya.

Usaha ini hanya perlukan sedikit ketahanan diri untuk menuju keamanan dan kebebasan dari rokok. Amalkan 7 siri ringkas ini untuk meningkatkan ketahanan diri sehingga mencapai kejayaan bebas dari rokok

siri 1 – kesabaran diri dalam minggu pertama kerana minggu terpaling siksa, 7 hari sahaja

siri 2 – setelah lulus minggu pertama, minggu kedua akan kurang siksanya, 7 hari sahaja lagi

siri 3 – setelah lulus minggu kedua, minggu ketiga hanya akan terasa sikit tersiksa, sudah 21 hari bebas rokok

siri 4 – setelah lulus minggu ketiga, minggu keempat akan hanya teringat siksa

siri 5 – setelah lulus bulan pertama, bulan kedua akan hanya rasa makan "fishermen’s friends"

siri 6 – setelah tamat bulan kedua, boleh berhenti dari "fishermen’s friends" dan melupakan langsung merokok

siri 7 – setelah lulus bulan kedua, insyaallah amanlah kita dari siksa gian rokok dari bulan ketiga dan seterusnya

Selamat mencuba dan minta kerjasama untuk memberi maklumbala kepada hj.

Popularity: 2%

Related posts:

  1. Merokok, Gaya Hidup; Punca Mati Muda
  2. Petua Pantang Larang Untuk Kesihatan Tenaga Batin
  3. Caffeine dan Anda
  4. Tips Natural Untuk Kurangkan Jerawat
  5. Waktu tidur yang betul.

No comments yet.

Leave a Comment