Tips Natural Untuk Kurangkan Jerawat
View PDF | Print View
by: elfreakz
Total views: 32
Word Count: 329
Masalah jerawat di kalangan kita bukan lah sesuatu yang baru. Saya juga mempunyai jerawat, tapi tidak lah seteruk sahabat saya yang lain. Tetapi, ianya tetap jerawat yang mengganggu saya, kerana tumbuhnya jerawat di bahagian muka – iaitu bahagian pertama yang orang lain akan lihat pada kita, apabila bercakap mahu pun berselisih pandang. Apa juga yang saya buat untuk mengelakkan jerawat, saya masih mengalami masalah tidak dapat menghilangkannya. Percayalah apabila saya mengatakan, saya telah mencuba pelbagai jenis cara, seperti krim, pencuci muka, produk khusus yang mahal, pil-pil, dan lain-lain. Tidak semua nya berkesan dengan bagus, malah ada yang membuat kulit muka saya menjadi kering dan jerawat semakin teruk.
Saya menjadi marah apabila berbelanja banyak untuk produk yang tidak memberi kesan yang memuaskan. Saya telah membazirkan banyak wang setiap bulan. Sehinggalah pada suatu hari, saya menjumpa cara yang natural untuk merawat jerawat di muka saya, dan bukan itu saja, ia juga menghilangkan parut jerawat!
Apa produk natural itu? Ini merupakan produk harian yang boleh di guna kan untuk melicinkan kulit anda. Contohnya, produk produk yang mengandungi Vitamin B5. Vitamin B5 boleh melawan dan menghilangkan jerawat, mengurangkan minyak di muka, dan menutup lubang-lubang ronga di muka. Semua ini adalah penyebab jerawat tumbuh dengan banyak. Samada anda mencari buah buahan atau sayur sayuran yang banyak mengandungi Vitamin B5, ataupun produk-produk.
Tahukah anda, tidak meminum air yang cukup boleh menyebabkan jerawat? Percaya lah, bila kita tidak minum air secukup nya, sel-sel kulit kita akan menjadi kering. Kita kehilangan banyak air melalui liang liang kulit muka, maka, penting bagi kita untuk memasti kan kulit muka sentiasa berada dalam keadaan yang tidak kering. Minum lah air yang cukup dan banyak setiap hari!
Apa yang saya bincangkan di atas, hanya lah rawatan peribadi yang saya gunakan sekarang. Mungkin ramai orang lain yang mempunya teknik tersendiri. Apa yang penting, lihat aktiviti harian kita, jika banyak terkena matahari, maka kerapkan lah mencuci muka. Jika terasa kurang minum air, mulakan lah meminum air yang banyak setiap hari. Insyallah, masalah jerawat akan akan berkurangan.
About the Author
http://el.freakzter.com
Rating: Not yet rated
