ABDULLAH LANCAR LAMAN WEB e-FATWA
View PDF | Print View
by: ikram84
Total views: 33
Word Count: 295
Kuala Lumpur 23 Disember 2003-
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini melancarkan laman web e- Fatwa iaitu rujukan rasmi fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh majlis fatwa-fatwa kebangsaan.
Laman web itu boleh diakses di alamat http://ii.islam.gov.my/e-fatwa dan pelancarannya diadakan pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Ulama dan Pegawai Agama disini hari ini.
Hadir sama ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Seri Abdul Hamid Zainal Abidin;
Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman;
Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr. Ismail Ibrahim dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),Datuk Mohamad Shahir Abdulah.
e-Fatwa menyediakan maklumat yang lengkap mengenai keputusan fatwa kebangsaan dan fatwa telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti dan telah diwartakan oleh kerajaan negeri bagi proses penguatkuasaan undang-undang.
Laman web itu bangunkan oleh JAKIM dan dikemaskini oleh Jawatankuasa Teknikal yang terdiri daripada para pegawai di Jabatan-jabatan Mufti di seluruh negara dan ia turut memaparkan proses sebelum sesuatu fatwa dikeluarkan.
Semua fatwa merangkumi semua bidang termasuk akidah, ibadah,munakahat,zakat,ekonomi dan mualamat selain koleksi fatwa itu dapat membuka ruang kepada umat Islam di negara mengetahui sesuatu hukum dan pemasalahan semasa yang sedang mereka hadapi.
Ketua Pengarah Institit Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Dr. Abdul Munir Yaacob berkata, laman web itu bakal memberikan maklumat yang lengkap kepada umat Islam di negara ini.
Katanya, sebahagian besar umat Islam tidak mengendahkan fatwa-fatwa yang dikeluarkan kerana sukar memperoleh dokumen-dokumennya sebelum ini.
“Kita tidak mempunyai Mufti Negara seperti beberapa negara Islam yang lain, oleh itu dengan e-fatwa mereka boleh memperoleh semua fatwa yang diwartakan diseluruh negara sebagai panduan” katanya.
Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, pelancaran laman web e-fatwa itu tepat pada masanya dan orang ramai terutamanya golongan muda dapat mengetahui fatwa yang dikeluarkan.
“Dalam laman web itu juga terdapat forum yang membolehkan umat Islam di negara mengajukan persoalan-persoalan dan kita juga bercadang memasukkan fatwa-fatwa diseluruh dunia Islam sebagai panduan atau rujukan.” Ujarnya.
About the Author
Saya adalah seorang penulis blog :- www.ajakbicara.com
Rating: Not yet rated
