Teknologi maklumat dan era ‘dunia tanpa sempadan’ pada hari ini telah membuka ruang sebebas-bebasnya untuk menyalurkan maklumat dan pandangan. Sebelum ini kerajaan sentiasa mengawal media cetak dan media elektronik agar penulisan dan rencana yang disiarkan tidak bertentangan dengan undang-undang negara. Bagaimanapun dalam dunia siber, kewujudan laman-laman web dan blog telah mengundang pelbagai lapisan masyarakat untuk menulis dan memberi pendapat.
Melalui pelayaran saya di laman-laman blog di Malaysia, banyak blog yang membenarkan penulisan dan komen menghina kaum yang lain secara terbuka. Mereka yang tidak bertanggungjawab ini mengunakan kata-kata kesat, memaki dan menuduh kaum lain tanpa memikirkan sensitiviti kaum yang lain.Bayangkan terdapat laman blog yang menyenaraikan puluhan perkara yang menunjukkan pada kaum tertentu tidak suka terhadap orang melayu.
Ia ternyata mengandungi hasutan dan penghinaan yang amat serius. Bahkan, ia boleh mengugat keselamatan nasional.Saya hairan pihak berkuasa termasuk Majlis Tindakan Negara atau Jabatan Keselamatan Negara boleh mendiamkan hal yang sebegini. Atau mereka sendiri belum sedar tentang kewujudan banyaknya elemen hasutan yang berlegar dalam blog. Dalam hal berkaitan keselematan ini, pihak berkuasa perlu lebih proaktif.
Malah saya takut jika keadaan ini di biarkan berterusan, ia pasti membawa mudarat besar. Jangan terkejut jika berlaku pergaduhan kaum dan agama. Komen sedemikian sepatutnya tidak perlu disiarkan kepada umum dan ia boleh dikawal oleh pemilik blog.Agensi kerajaan seperti Cybersecurity sepatutnya menjejaki pemain-pemain blog ini agar mereka tidak sewenang-wenangnya menulis seumpama tidak ada undang-undang yang terikat kepada mereka.
Sudah tiba masanya pihak kerajaan memikirkan mekanisme untuk memantau dan seterusnya mengenakan tindakan seperti menutup laman web dan mengenakan hukuman kepada pemilik laman web berikut.
Popularity: 1%
Related posts:
