Kejadian pekerja KFC belasah pelanggan!

Macam-macam zaman sekarang ini, sampai tahap pekerja belasah pelanggan pun ada. Dari semalam pengumpul duk buat selidik, sebenarnya, isu apa ini?

Terkejut juga saya apabila isu sebenarnya “Ayam sudah habis” dan pekerja tersebut di maki oleh pelanggan dan berlaku perbalahan sehingga bertumbuk. Jadi apabila saya melihat 3 video berasingan, iaitu sebelum pekerja KFC belasah pelanggan, pekerja KFC belasah pelanggan, dan daripada pihak mangsa, yang dibawa oleh pihak DAP Segambut.

Kesimpulan yang saya buat mudah sahaja, kedua-dua pihak salah. Pelanggan sepatutnya tidak perlulah mengunakan kata-kata yang kesat kepada pekerja, sebab mereka cuma melakukan tugas. Kalau “ayam” dah habis, nak buat macam mana. Takkan mereka nak kena keluar duit pergi beli sendiri kot. Dekat situ kita, dah boleh fikir? Betul tak?

Dan daripada video pihak mangsa, mengatakan mereka sudah bayar “ayam” tersebut secara online. Sebab itu mereka marah, yalah.. sudah beratur panjang lepas itu tidak dapat pula apa yang dikehendaki.

Tetapi Pihak pekerja KFC pula, perlulah bersikap matang dalam mengendali situasi ini. Dan sepatutnya, perkara belasah pelanggan ini tidak harus berlaku.

Saya juga ada selidik kenapa pekerja KFC tersebut bertindak sedemikian rupa dan saya terbaca salah satu entri blog, yang mengatakan pelanggan cina tersebut mengeluarkan kata-kata kesat dan ayat yang mungkin membuatkan pekerja tersebut lebih berang ialah “Cibai punya Melayu!”. Jadi saya mula berfikir, kenapa cina ini mengeluarkan kata-kata tersebut, apa kena mengena melayu dengan “ayam” KFC?

Saya baca lagi blog lain pula mengatakan, pekerja KFC tersebut mengatakan “kalau mau makan, buatlah sendiri BABI!”. Jadi dekat sini kita boleh lihat dua kata kesat dari pekerja dan pelanggan tersebut.

Cuma apa yang saya kurang pasti, pihak mana dulu yang mengeluarkan kata-kata tersebut, dan apa yang sebenarnya terjadi sebelum klip video tersebut.

Benda yang tidak nampak susah kita hendak adili. Dan jangan pula kita pandai-pandai mengadili!

Kesimpulannya, pekerja tersebut telah di ambil tindakan seperti kenyataan yang di keluarkan oleh pihak KFC

pekerja kfc telah belasah pelanggan

Dekat sini ada gabungan video-video tersebut.

No comments yet.

Leave a Comment