Anugerah Shah Rukh Khan layak atau tidak?

Pada masa kini, dunia hiburan malaysia begitu rancak dengan mengadakan persembahan-persembahan muzik di mana menjemput artis luar menyertai pertandingan di Malaysia. Mungkin anda sudah dapat tahu pertandingan apa yang saya maksudkan disini.

Tetapi perkara yang saya ingin fokus pada penulisan saya pada hari ini ialah mengenai Anugerah Dato’ untuk artis bollywood yang sememangnya popular ketika dahulu di Malaysia. Ya, benar ia adalah Shah Rukh Khan. Isu ini telah banyak menimbulkan kontroversi, sehinggakan pihak-pihak artis dan pelakon Malaysia mengadakan persidangan untuk membantah keputusan kerajaan Negeri Melaka.

Sebenarnya semua perkara ini ada baik dan buruk. Mungkin ini adalah permulaan bagi Malaysia memberi Anugerah kepada artis luar negara. Atau mungkin kah artis-artis di luar negara lebih hebat dan mantap di sisi hati rakyat Malaysia. Jika sedemikian rupa, siapa yang harus di persalahkan? Rakyat atau penerbit?

Penerbit Malaysia perlulah lebih meningkatkan lagi produktiviti perfileman sebelum memberi tanggapan buruk terhadap tindakan-tindakan yang di ambil oleh sesuatu pihak. Tidak kira anda pihak penerbit mahupun pihak artis atau pelakon sekalipun. Jadikan artis sebelum ini sebagai contoh. Saya tidak salahkan kerajaan Melaka kerana memberi anugerah tersebut kepada Shah Rukh Khan. Tetapi perlu lah kita berfikir secara waras atas kebaikan dan keburukan. Memang betul nama Shah Rukh Khan begitu gagah sekali di Malaysia, mahupun di luar negara yang berbahasa English.

Tetapi bukannya dia seorang artis pertama luar negara yang datang kesini. Cuba kita renungkan tentang Jacky Chan, Police Story (lupa siri berapa). Perlu kita ingat Jacky Chan namanya ada di Hollywood. Adakah dia tidak layak? dia berlakon di Menara KL yang di banggakan oleh Malaysia. Jadi kita perlu lah bersikap adil dan rasional, kerana tidak mahu perkara ini membuatkan artis luar negara makin berkurangan untuk berlakon filem di negara ini.

Popularity: 1%

Related posts:

  1. Ambil Tindakan Laman Web Hina Kaum.
  2. Motivasi dari pandangan amzzah naseehah
  3. Bersuara Atau Diam?
  4. Tips Natural Untuk Kurangkan Jerawat
  5. Buat Duit Dengan Blog

No comments yet.

Leave a Comment