Blog Dan RSS Feed
View PDF | Print View
by: elfreakz
Total views: 21
Word Count: 281
Mencipta RSS feed adalah satu cara mudah dan paling popular di kalangan blogger dan blog. Ini adalah salah satu cara untuk menaikkan jumlah trafik dan menambah jumlah pelanggan ke kandungan “post” di dalam blog anda. RSS feed bukan sahaja menaikkan jumpa trafik ke blog, tetapi juga boleh menambah perolehan duit online anda. Mencipta RSS feed adalah mudah, dan senang untuk di daftar.
Beberapa tahun yang lalu, penggunaan RSS feed ini hanyalah tertakluk kenapa web blog. Tetapi pada masa kini, pengunaannya sudah mula meluas ke laman mana web lain seperti laman web biasa dan CMS. Dapper, adalah salah satu laman web yang boleh membantu anda mencipta feed, dengan menggunakan “widget”.
Feedburner pula adalah antara yang paling popular, kerana mempunya pelbagai fungsi-fungsi percuma seperti Feedburner stats pro. Pelanggan boleh melihat jumlah pelawat dan mengetahui apa yang pelawat sedang cari ketika berada di dalam blog atau laman web anda. Fungsi ini adalah sesuatu yang amat bagus bagi webmaster atau pemilik blog untuk mengetahui minat pelawat blog mereka. Maka, anda boleh menulis lebih banyak tentang apa yang di cari oleh pelawat-pelawat ini.
Apabila mencipta RSS feed, anda juga perlu menghantar RSS feed anda ke laman web direktori. Contoh yang paling popular adalah Millionrss dan SubmitmyRSS., kedua-dua laman ini mempunya kedudukan ranking Google yang tinggi. Mengapa anda perlu menghantar RSS feed ke Google dan Yahoo? Ini adalah satu cara untuk “search engine” mengetahui kemaskini yang telah anda buat di blog. Kita panggil proses ini sebagai “Pinging”. Pinging akan memberitahu laman “search engine” bahawa anda telah mengemaskini blog.
Google dan Yahoo adalah “search engine” yang paling popular pada masa ini. Maka, adalah penting bagi webmaster dan pemilik blog memastikan laman web atau blog mereka berada di dalam laman carian ini.
About the Author
http://www.freshlinkmedia.net/ http://el.freakzter.com
Rating: Not yet rated
