Perniagaan Internet: Jutawan Internet Rahsia internet Malaysia
View PDF | Print View
by: ikram84
Total views: 26
Word Count: 655
Di Malaysia perniagaan internet masih boleh dikategorikan sebagai satu perniagaan yang menarik dan bagaimana anda boleh perolehi pendapatan RM5000 sebulan dengan internet, sila baca artikel ini perlahan-lahan. Perniagaan Internet yang kebanyakkannya disalah ertikan sebagai satu perniagaan berbentuk skim dan ia amat mendukacitakan. Hari ini ramai yang beranggapan bahawa perniagaan internet yang tulin amat sukar untuk dicari, malah ia ditambah dengan tanggapan bahawa segala bentuk perniagaan diinternet adalah berbentuk skim.
Dari sinilah cabaran kepada pemasar internet untuk membuktikan bahawa perniagaan internet ini bukanlah satu perniagaan yang membuang masa, satu angan-angan mejadi jutawan, malah ada yang mengatakan perniagaan internet adalah perniagaan pada mereka yang baru dan mentah.
Dari setiap detik, setiap hari ada sahaja program atau ebook baru yang datang dan pergi, adakalanya ia tidak dihiraukan langsung malah ada yang rasa tertipu dengan perniagaan internet. Perkataan atau slogan Jutawan internet, Rahsia Internet, Wang Internet, Buat duit diinternet, Rahsia buat duit dengan paypal, lelong atau apa sekali pun hanya meguntungkan penulis itu sahaja, tidak pula memberikan satu cara berkesan tetapi hanya sekadar manis untuk berbicara dan terlalu am. Saya sering ditanya mengenai ketulinan perniagaan internet yang mana kebanyakkan pelanggan saya sering mengatakan sudah tertipu dengan skim dan ebook yang tidak bernilai, malah ianya sedikit sebanyak telah membuatkan ramai pelanggan tidak yakin malah lari apabila kita berbicara mengenai perniagaan internet.
Disini saya ingin menegaskan perniagaan internet adalah satu perniagaan yang tiada had, paling penting sebelum anda memulakan perniagaan internet anda harus tahu beberapa selok belok perniagaan tersebut. Internet menyediakan satu platform perdagangan yang pantas malah amat besar potensinya, amat rugilah jika anda yang boleh mengakses internet tidak menggunakan internet sebagai satu cara menambah pendapatan dirumah. Persoalannya, apakah perniagaan yang anda harus lakukan?
Pasti anda selalu membaca mengenai tema bibawah;
1-Tips Pemasaran Internet
2- Rahsia perniagaan internet
3-Rahsia internet
4-Jutawan Internet
5-Buat duit dengan adsense. dll
Sebelum anda memulakan perniagaan internet anda harus bersedia dan menguasai ilmu, jadi yang penting dapatkan ilmu. Saya sendiri banyak menimba ilmu dari pelbagai sumber tetapi adakah saya membeli ebook? jawapannya TIDAK. Saya tidak pernah membeli ebook kerana saya tahu, jika ebook itu amat bagus, kenapa penulis itu ingin menghebahkan teknik beliau menjana pendapatan? adakah beliau hipokrit? atau sebenarnya beliau sendiri tidak mampu menjana pendapatan dan menjual maklumat tersebut sedangkan maklumat itu sendiri tiada nilai dan semua orang tahu akan kebenarnya? fikirkan...
Mungkin dari penulisan ini anda mula bertanya pada saya, apakah perniagaan yang sepatutnya dilakukan? baik lah, begini, ramai diantara kita yang kurang mahir dengan internet, jadi belajar dan ia tiada alasan. Salah satu sumber saya untuk mendapatkan tips-tips perniagaan kebanyakkannya dari TimesPR NewsWire. Walaupun saya sendiri adalah penulis blog yang kerap menghantar artikel tulisan saya disini saya tetap membaca artikel artikel menarik yang boleh membantu saya memantapkan lagi kemahiran pemasaran saya. Mengapa TimesPR NewsWire? Kerana artikel direktori ini adalah satu platform ilmu untuk setiap usahawan internet mendapatkan tips-tips keusahawanan internet secara percuma dan mereka ini datang dari pelbagai latar belakang. Boleh dikategorikan artikel ini walaupun Made In Malaysia, tetapi skop pelawatnya datang dari seluruh dunia dan pelbagai tips dan teknik boleh dipelajari dari sini, jadi mulakan langkah anda untuk menimba ilmu disini. Bukan hanya disini, anda juga boleh memperolehi maklumat didalam google, hanya taip maklumat yang anda ingin cari anda pasti akan memperolehinya. Selain itu saya juga mencadangkan anda agar menimba ilmu dari pelbagai forum seperti cari, forum putera, wangcyber, webmastermalaysia dan banyak lagi.
Saranan saya, berhenti untuk mempercayai segala propaganda ini, kerana anda boleh perolehi ilmu yang lebih jauh baik dari membaca ebook yang terlalu sedikit skop maklumatnya. Tetapi saya tidak bermaksud semua penulis ebook tidak berkualiti, bukan mahu menutup periuk nasi mereka, tetapi apa yang saya ingin katakan, berhati-hati kerana anda mungkin akan berasa hampa dengan perkhidmatan yang sebenarnya boleh anda dapati secara percuma. Salahkah saya berkongsi pendapat kepada orang ramai bahawa mereka boleh memperolehi segalanya secara percuma? tepuk dada tanya selera.. anda tentukan...
About the Author
Wan Rahman adalah Pemasar Internet dan mempunyai pengalaman selama 6 tahun sebagai Internet Marketer.
Source :- URL HERE
Rating: Not yet rated
