koleksiartikel.com - Artikel yang menarik untuk anda

Welcome Guest

Search:

Home » Perniagaan » Terkaya di dunia dan terkaya di malaysia

Terkaya di dunia dan terkaya di malaysia

Avatar:

View PDF | Print View
by: beduz
Total views: 111
Word Count: 568

 

  Setelah keputusan pilihan raya dikeluarkan kini rakyat Malaysia tentunya berasa lega setelah pemimpin yang dipilihnya menang samada di parlimen ataupun di DUN. Kini kampus induk USM kembali meriah dan ceria setelah pelajarnya pulang daripada kampung masing-masing. Ok, saya tidak mahu cakap banyak, mengenai kes pilihanraya ataupun kes politik dikhuatiri website artikel ini akan di panggil sebagai website politik. Pada 6 Mac, iaitu hari khamis majalah forbes telah mengeluarkan senarai manusia yang mempunyai harta kekayaan di bumi ini. Kali ini kita melihat ‘tsunami’ melanda senarai billionaire, dimana kita lihat Bill Gates (RM183.62bil) telah ditumbangkan oleh Warren Buffet (196.27bil). Walaupun Warren Buffet diumumkan sebagai yang terkaya tetapi beliau adalah yang tertua, jika dilihat dari sudut 5 yang terkaya di dunia. Ini adalah senarai 5 terkaya di dunia…

Nama, Umur dan Jumlah Kekayaan

Warren Buffet, 77 tahun, RM196.27bil

Carlos Slim Helu, 68 tahun, RM189.98bil

Bill Gates, 52 tahun, RM183.62bil

Lakshmi Mital, 57 tahun, RM142.46bil

Mukesh Ambani, 50 tahun, RM136.00bil

 Untuk pengetahuan pembaca sekalian, En.Buffet ini merupakan seorang pelabur dan memiliki sebuah syarikat yang bernama Berkshire Hathway. Buffet ini juga terlibat secara langsung dalam industri makanan, barangan kemas, insuran dan juga kemudahan awam.

 Malaysia juga mempunyai orang yang kaya dan beliau termasuk di dalam ranking dunia di tempat ke 97. Beliau terkenal sebagai "Taukei Gula" yang berumur 84 tahun. Nama beliau tidak asing lagi bagi pengilang gula di Malaysia ini, Namanya ialah Tan Sri Robert Kuok. Beliau mempunyai kekayaan sebanyak RM 28.49 Billion. Untuk pengetahuan anda, "Taukei Gula" ini berasal dari Wilayah Fujian, China. Beliau seorang yang baik dan sentiasa merendahkan diri dengan kejayaan yang di perolehinya. Menurut sejarah, pemimpin melayu pada tahun 1949 telah membantu ayah beliau mengasaskan syarikat yang bernama Tong Seng & Company. Syarikat ayah beliau ini memberkalkan beras, gula dan tepung gandum kepada 50000 orang tahanan perang Jepun. Selepas merdeka Robert mengambil alih syarikat ayahnya dan melalui syarikatnya sendiri iaitu Kuok Brothers Sdn Bhd telah melakukan pemasaran gula secara besar-besaran di Malaysia. Dengan bantuan kerajaan Malaysia, Robert dapat menubuhkan Malayan Sugar Manufacturing iaitu syarikat yang bertanggungjawab untuk menapis gula. Syarikat ini juga diberikan kemudahan oleh kerajaan dan di beri status monopoli. Kini Robert Kuok telah mempunyai kekayaan sebanyak RM28.49 Billion, dan hasilnya dari semua jenis bisnes yang telah di usahakan beliau.

About the Author

Penulis adalah salah seorang blogger Malaysia di www.beduzbiz.com. Blog ini berkisarkan mengenai kebebasan kewangan melalui bisnes. Penulis adalah penuntut tahun 3 di Universiti Sains Malaysia, Penang


Rating: Not yet rated

Comments

No comments posted.

Add Comment

You do not have permission to comment. If you log in, you may be able to comment.