Nasib Silat Melayu
View PDF | Print View
by: paklong
Total views: 78
Word Count: 535
Silat adalah antara beladiri (martial art) yang pernah saya pelajari disamping beberapa seni beladiri lain. Sepanjang 20 tahun penglibatan dalam dunia beladiri pelbagai perkara pernah saya lihat dan saya alami. Satu persoalan timbul dalam pemikiran saya adalah berapa lama lagi silat mampu bertahan dan adakah ia akan hilang tanpa pewaris. Persoalan ini timbul apabila saya perhatikan kecenderungan masyarakat Melayu yang suka menghantar anak mereka ke kelas beladiri bukan silat. Saya sempat bertanya kepada mereka tentang perkara tersebut dan berbincang dengan beberapa orang guru beladiri .
Hasil dapatan yang saya peroleh :
1. Kebanyakan perguruan silat mengamalkan dasar tertutup dimana mereka amat berhati-hati memilih murid yang hendak diajar. Ilmu hanya akan perturunkan kepada saudara mara atau orang yang dikenali sahaja. Ilmu tidak boleh diajar kepada murid yang tidak diketahui latarbelakangnya. Yang lebih "pantang", ia tidak akan diajar kepada bukan Melayu. Kesannya jumlah keahlian menjadi merosot, perguruan tidak berkembang dan mungkin akan pupus tanpa pewaris.
2. Sistem dan sukatan pelajaran tidak teratur dan tidak didokumentasikan. Ini memang diakui betul . Setiap kali pembelajaran, buah pukulan akan diajar oleh jurulatih/guru. Pada minggu hadapan buah pukulan yang sama akan diajar oleh jurulatih lain dan tekniknya berubah-ubah. Kenapa ini berlaku ?Kebanyakkan jurulatih mengajar mengikut apa yang mereka ingat. Disinilah pentingnya dokumentasi supaya setiap tahap pembelajaran mempunyai buah pukulan yang tetap. Jumlah buah pukulan juga semakin berkurangan akibat tidak didokumentasikan. Setiap guru/jurulatih mengajar buah pukulan yang berbeza walaupun dari perguruan yang sama.
3. Tidak ada pengiktirafan yang jelas terhadap pencapaian individu (tiada sijil) Pencapaian individu hanya di lihat semasa di gelanggang berdasarkan bengkung. Keadaan ini diburukkan lagi dengan ketiadaan sistem penilaian (grading) yang piawai (standard). Zaman sekarang manusia memerlukan sijil atau surat perakuan sebagai bukti.
4. Tempoh belajar silat yang mengambil masa terlalu lama sehingga bertahun-tahun untuk tamat menyebabkan orang menjadi bosan untuk belajar. Dizaman moden ini , manusia mengejar masa. Oleh itu tempoh pelajar perlu pendek dan ringkas. Tempat belajar silat (gelanggang) juga perlu bertukar. dari gelanggang tanah kepada dewan yang mempunyai lantai lembut. Ini kerana wujud golongan yang takut kotor, takut berkaki ayam dan inginkan keselesaan yang berlebihan.Oleh itu perlu ada satu cara belajar secara ekspress dan boleh dilakukan di rumah.
5 Kewujudan beberapa upacara gelanggang silat yang disalahertikan. Contohnya ; potong ayam, mandi minyak, penggunaan kemenyan , duit pengeras dan beberapa acara lain. Upacara seperti ini banyak menimbulkan fitnah sehingga ada yang mengatakan belajar silat boleh menyebabkan syirik (na uzubillah).
6. Pembelajaran silat kelihatan terlalu mementingkan seni (art). Pembelajaran silat yang mementingkan jurus dan tari dalam tempoh yang panjang membosankan. Gerak tari yang lembut menyebabkan teknik tempur kelihatan kurang praktikal.. Manusia zaman sekarang mahukan yang "mudah" dan "praktikal".Oleh itu sistem pembelajaran silat perlu berubah.
Disebabkan perkara di atas, saya mula memikirkan untuk mencipta satu kaedah mudah dan "smart" untuk mengajar silat. Nantikan kemunculan www.smartsilat.com
Ketika ramai Melayu meninggalkan silat, ramai pula orang barat mencari silat. Ketika menyaksikan Kejohanan Silat Dunia baru-baru ini, saya berasa kagum melihat mat saleh & minah saleh memakai samping dan bertengkolok melangkah lembut menyampaikan tari silat. Apa sudah jadi ? Sedarlah Melayu, hargailah dan pelajarilah warisan & budaya kita.
About the Author
Seorang penggemar seni beladiri (martial art) yang pernah belajar beberapa jenis beladiri termasuk silat dan pernah mengajar silat . Melihat kepada permasalahan silat beliau mula mengubah kaedah mengajar dan belajar silat supaya menjadi cepat, "smart" dan praktikal.
Rating: Not yet rated
